Friday, October 3, 2014

#YEYYYYY......JOM KITA ZUMBA..




Terlaksana sudah impian nak berzumba..lama dah survey kat mana ada studio zumba yang berdekatan.
Pernah ternampak satu studio tak berapa jauh tapi buat saya jauhlah... kalau drive tak sampai 10 minit....tengok tu.. betapa Malasnya Makcik ni!

Tup tup last week ternampak sign board kat new row of shophouses yang dekat sangat2 dengan kawasan perumahan kita...kalau drive 3 minit je...(dah timing..memang confirm 3 minit)  Apa lagi excited terlampau...so on the way back lepas ambik my daughter, kitorang singgah sana untuk enquire tapi dammm...masa tu studio tutup tapi adalah no tepon dan ac FB yang diaorang letak kat pintu.

So next day dah boleh start...Hahaha...Siap balun package yang unlimited tu (promotion sempena opening studio tu)...boleh pegi anytime selama sebulan. First week tu pegi sekali je cos dah weekend, busy ngan family....but the next week iaitu this week...siap 2 sessi sehari.. pagi dan petang ..Kau mampu?? ...sampai seorang instructor tu tegur ' Wah...hebat...everyday u come'.  Ialah tu...kalau tak pergi rasa rugi....kan dah bayar...lagi pun 'new broom sweeps well' ... tengoklah nanti kalau dah lama sikit mesti start berkulat.

First class ...penat memang penatlah...berpeluh tak payah cakap...tapi macam tak cukup aja...I need more ..more pumping....more dos to keep my adrenalin high...Mungkin saya dah terbiasa jogging sampai nak terputus segala urat...sebab saya jogging seorang- seorang walaupun tak hebat mana..tapi saya selalu push myself to the max.. (keupayan sendirilah)....satu round dah rasa termengah-mengah.  So zumba rasanya relax sikit tak toture sangat but fun..yang penting Fun .rasa best juga...mesti enjoy punya!

Haraplah minat saya akan berpanjangan....but next month I nak slow down sikit...cos sekarang dengan 2 sessi sehari tu kadang kadang terkejar-kejar juga dengan masa...sebab lepas first session tu terpaksa rush home masak..beri anak makan lepas tu hantar dia sekolah. Kerja rumah lain banyak yang tertangguh. Takpa...pandai-pandailah nanti kita aturkan untuk kesesuaian diri sendiri.


P/S: rasa2 nak join 3rd session same nite tapi malu...nanti instructor tu kata 'Ehhh...mengada-adalah makcik ni.' kan!

Friday, September 26, 2014

# AJAL MAUT TAK MENGENAL USIA...


Sabtu lepas, semasa sedang sibuk berkungfu di dapur, tiba2 tepon rumah berbunyi...hb jawab.  Dalam sibuk tu terdengar juga dua tiga patah yang dia cakap...dapat agak siapa yang menalipon...macam ada berita tak baik...kaki tangan dah mula mengeletar...hb panggil terus pass tpon kat saya.


Betul pun sangkaan saya...kakak J yang call...anak saudara suami dia meninggal.  Budak tu pelajar di sebuah kolej di KL. Hari tu dia dengan seorang kawan dalam pejalanan ke Perak ...dan on the way kereta mereka telah terbabas...self accident...Anak saudara tu meninggal ditempat kejadian dan kawan dia masuk ICU..serius juga.

So petangnya saya, hb dan my daughter pegi ke rumah diaorang...kita kenal famili ini...same kampung.
Dari cerita yang kita dengar, budak ni ada tepon mak dia bagitahu yang dia nak ke Perak bersama seorang kawan, mak dia melarang dia pegi....tapi dia berkeras juga nak ...so dua tiga jam lepas tu mak dia menerima panggilan yang menyatakan anak dia accident...mana tak diaorang terkejut. Kawan yang driving tu sempat tepon cousin budak tu yang berada di KL sebelum dia pengsan.

Sian sangat2 melihat makbapanya  ... .dahlah budak tu anak prempuan sulong...dua adik lelaki di bawah dia. Dia memang rajin tolong mak dia business...dan harapan mak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Kitorang memanglah terkejut..kalau orang yang dah berusia, dah tua ataupun sakit..taklah terkejut sangat. Ni tiba2 dapat berita yang tak disangka sangka...macam tak percaya je... pemergiannya terlalu awal.
Baru Raya tempoh hari kita jumpa dia...she's a very bubbly girl. Ingat my daughter pernah cerita semasa dia baru masuk Thn 1 di sekolah dan budak ni dah Thn 6 dia tolong beli kan anak saya makanan dari kantin...ialah my daughter masa tu kecik lagi..tak kuasa nak bertolak2 kat kantin.

Sekarang bukan yang tua saja yang pergi dulu tapi tak kira usia kalau masa dah sampai...

Takziah buat semua keluarga diaorang.

Tuesday, September 9, 2014

# LOVE...








                                                "LOVE..it is difficult for the undecided.
                                                 It is frightening to the fearful.
                                                Overwhelming for lovers.
                                                 But the winners are strong in LOVE."
                                                    
                                                                                  - Cecilia Meireles


Thursday, September 4, 2014

# CUTI MERDEKA....CHILLAXING!!!




Cuti hujung minggu yang agak panjang...dari hari Sabtu sampai Isnin...
Kalau mampu bolehlah pegi jalan-jalan atau cuti-cuti Malaysia...package 3 days 2 nites...ngam2 sangat.

Tapi kitorang tak kemana-mana setakat chillaxing je...

Sebab my son start hari Sabtu dah pegi berkhemah di Mongkos katanya...
Katanya lagi camping dalam hutan...tepi sungei ...takda kemudahan apa2 hanya toilet saja...mandi pun di sungei.

Risau juga nak melepaskan dia pergi ...ialah pertama kali anak bujang nak berkhemah dalam hutan, walaupun semasa di sekolah rendah dulu dia selalu juga ikut aktiviti berkhemah tapi selalunya di kawasan sekolah ataupun kawasan gereja....so taklah risau sangat.
Yang ni pula di dalam hutan yang sebenar...bukanlah hutan belantara tapi hutan kat tepi kampung.

Sebagai seorang ibu memanglah risau...asal budak2 tu takda didepan mata memang saya risau memanjang.
Hati ibu hanya ibu-ibu saja yang tahu...tapi kalau nak ditegah budak2 tu dari mengikuti apa-apa aktiviti pun susah juga...takut nanti mereka memberontak..dari mereka buat kerja2 yang nak senonoh, at least aktiviti yang ni berfaedah sebab aktiviti terkawal dan ada ketua yang memberi tunjuk ajar, supaya mereka dapat merasa hidup berdikari...dan mengekploresi dunia semula jadi diluar sana...asyik2 mengekor mak pak juga tak digalakkan. Lagi pun acara ini di anjurkan oleh Boys Bridgade..so boleh percayalah.

Dahlah seminggu tu hujan hari2 (ehh..ehhh..sama dialog dengan blog yang sebelumnya!...) siap hujan ribut lagi diwaktu petang ...Seram!

Dalam kepala hotak tu asyik berimaginasi...macam manalah kalau hujan, budak2 tu tidur dalam khemah...sejuk... basah ataupun kalau air sungei melipah, ataupun ...ataupun...Ahhhh..Stop..Stop.. jangan over..


Musabah diri.. jangan pikir yang bukan2..kikis imaginasi yang over active tu...kuatkan semangat dan berdoa agar Tuhan memberkati dan melindungi kesemuanya.

Hari my son pegi tu daddy dia saja yang hantar dia ke gereja tempat mereka berkumpul sebelum menaiki bas ...tapi hb kata ramai ibu-bapa sama2 hantar anak2 mereka. Mungkin anak2 mereka juga first time...so ibu-ibu pun teruja nak ikut sama hantar diaorang.

Petang Isnin budak2 tu semua selamat kembali....Syukur ...Terima Kasih Tuhan kerana mendengar doa seorang ibu.
My son kata cuaca baik takda hujan ribut pun...tapi muka, tangan dan kaki habis kena gigitan nyamuk.
Dia complain, mummy tak beli insect repellent untuk dia...Terlupa.

Yang selanjutnya ialah cerita kitorang yang tinggal dirumah...Hb, my daughter dan yours truly.
Terasa sunyi tanpa sikecik tu...dia yang selalu membuat havoc kat rumah.

Hari Sabtu dan Ahad kitorang chillaxing saja di rumah ....tapi boring juga mengadap TV dan internet sepanjang hari ....so petangnya.. jom kita cuci mata kat shopping mall.

Di sini tak banyak choice, asyik2 pegi mall yang sama...tapi dari duduk tercongok kat rumah dan berimaginasi yang bukan2 lebih baik memenatkan diri so bila penat berjalan bolehlah tidur nyenyak sikit waktu malam.....boleh pakai tak formula ni???

Sabtu kitorang terjah Boulevard Shopping Mall...kata ada Merdeka Furniture Expo.....suka,suka...tapi kalau nak membeli, lambat sikit..(look-see2 sajalah), ialah mana nak sumbat..dahlah rumah sekangkang kera (hihi..boleh ke pakai peribahasa ni untuk rumah? memandai je).

Tapi apabila sampai sana...takda pula expo besar-besaran hanya dua tiga showcase saja...yang lain exhibit tu takda kena mengena dengan furniture...Hampehhh..

So end up Hb yang bershopping sakan...angkut 2 hilai baju kemaja....
Sekarang ni sales sepanjang tahun..tak payah tunggu mega sale hujung tahun..

Hati memang meronta-ronta nak membeli...tapi buget tak berapa nak mengizinkan...banyak lagi benda lain yang perlu di utamakan.

So sekadar cuci2 mata..dan servey2 saja....mana tau kan lain hari ada rezeki lebih ke..durian runtuh ke ...bolehlah mengangkut.

Sebelum melangkah keluar, singgah di supermarket, nak stock-up apa2 yang telah berkurang di rumah.Yap..that's our priorities ..

Ewahh...panjang pula berceloteh....okey... sampai sini dulu... nanti2 continue lagi.







Friday, August 29, 2014

#Hari hujan tapi air takda.....



 
Cr to Borneo Post


Logik ke kalau dalam seminggu ni hujan turun hari2... bukan hujan renyai2 tau... tapi hujan ribut, pokok2 tumbang sampai menghampap kereta dan rumah orang (tengok pic kat atas tu) ada sesetengah tempat tu banjir, tapi ironicnya semalam.. ari Khamis minggu yang sama... sehari suntuk takda air keluar dari paip kat rumah? Bengang tak?  Tak ada pengumuman apa2 tiba2 bila buka paip air dah takda...

Nasib baik semua laundry dah siap, dua load lagi tu.  Saya baru selesai mengemop ruang tamu dengan badan berpeluh2 ...so beranganlah nak mandi...tapi apabila buka paip setitik pun takda.
Rasa nak meraung tak?....ialah badan melekit-lekit memanglah tak selesa, mana tak hangin satu badan.
Dahlah tak tau sampai bila keadaan kering kontang tu.

Teringat pula malam nanti nak pegi gathering dengan my ex-colleagues...dah promise nak ambik my bff...aduhhh... macamana ni. Takpa.. kalau boleh cuci rambut kat salon ok juga...sambil dalam hati berdoa agar ada air kat sana sebab salon ni pun kat area kitorang...Sampai sana hampehh...situasi nya sama saja.

So nak tak nak terpaksa tepon my friend kata tak dapat pegi malam tu...macamna nak pegi dengan badan yang melekit2 dan berbau kambing gurun pula tu. Ehhh...tak kuasa aku nak bersosial dengan orang dalam keadaan macam tu.

Memang rasa bersalah dan down sangat..sebab she's my Bff ...datang dari jauh, nun dari Jakarta..bukan selalu dapat jumpa.  Harap2 dia tak berkecil hati...dan harap juga dia ada masa nak jumpa di lain hari.

Hari tu memang tak tau nak buat apa..macam time stand still..walaupun sebenarnya banyak benda nak buat. Makan pun takda selera...macamana nak makan, masak pun tidak. So petang tu bila pegi ambik my son dari sekolah baru kami sefamili pegi dinner...tapi my hb dan daughter adalah cari makan sendiri tengahari tadi....hanya saya yang stress seorang2...semua kerja takleh buat...terukkan? Belum lagi kalau takda air sampai dua tiga bulan macam sesetengah negeri tu...ataupun air bercatu. Tapi mungkin kalau dah bulan2 situasi begitu lama2 kita akan terbiasa so bolehlah adjust sendiri.

Selepas dinner kitorang pegilah beli dua tiga botol air ...buat standby incase ...
Tapi apabila balik malam tu ....Yayyy..Yayyyy.....senangnya dalam hati~~ sebab air dah ada, entah pukul berapa ia kembali. Syukur sangat2..tulah selalu take things for granted kalau dah tak ada baru padan muka!
Sekarang bolehlah mandi puas2...sampai dua kali...sebelum tidur mandi lagi. Apalah!!

Hingga kini masih tak tau apa yang terjadi sebenarnya.....mungkin paip besar pecah ...ke apa?  Hb ada tepon KWB dua tiga kali petang semalam tapi semua panggilan tak berjawab ...agaknya orang2 yang affected semua called sebab tu hotline dia jem/ butter. Siaplah korang kena maki hamun.

Thursday, August 28, 2014

# Untuk peminat Buah Dabai...


Yesss...Cara untuk 'masak' buah dabai yang paling senang dan ringkas.

1.  Cuci dan bersihkan dabai.
2.   Masuk dalam bekas.
3.   Simpan dalam freezer peti ais.
4.   Bila nak makan keluarkan dari freezer dan defroze saja.(kalau nak cepat, letak kat luar bawah matahari).
5.   Dah boleh makan.

Simple kan?

Mula2 bila HB syorkan cara ni....memang susah nak percaya...Ya ke.. tak pernah dengar pun!
Dia belajar dari kawan... so apa salahnya kita cuba try dulu. Tapi memang betul....menjadi.
Dan yang bestnya, buah dabai tahan lama kalau disimpan dalam freezer...tak payah buat jeruk.
Saya pernah cuba buat jeruk dengan merendam dalam kicap tapi tak berapa menjadi.




Baru keluar freezer..


1 hr later...dah boleh makan..




Wednesday, August 27, 2014

# KUIH~~ KUIH ~~~......(baca 'kuih2' dgn lenggok orang jual kuih dari rumah ke rumah)

In my previous post I did mentioned that my 'cerewet about food' son offer to tapau the kuih pulut manis to school for his break. So here is the sambungan cerita..

The next morning:
Son : Mummy, I want to bring that kuih again today...can mummy pack in a few extras cos I wanna share with my friends.
Me: Ok..how many pieces do you want? 
No respond from son. So I put in 5 pieces into his food container.
Me: Is 5 pieces enough or do you want more?
Son: Hmmm...5 should be enough..

In the evening after he returned from school..
Me: Did you share the kuih with your friends?
Son: Yes, and my friends gave me money.
Me: Huhhh???...you mean you sell the kuih to your friends???(dengan muka terkejut!!)...I thought I told you to give your friends for free.
Son: No, I didn't asked them to pay...but they said " if we take the kuih we'll pay for it'.
Me: Next time don't ask your friends to pay ...just give to them.. Anyway, how much did they pay you?
Son: 20 cents each.
Me: Ohhh!!...Ok then.

Ada kena mengena ke title kat atas tu dengan cerita tadi???...Hahaha..suka suki je kan!


Tuesday, August 26, 2014

# OH MY SUNGLASSES....

Baru lepas blogwalking...sempat singgah di Borneolove.blogspot.com. dia tengah rancak promote sunglasses.. sebab tu tiba2 teringat one incident that happened  very recently..actually tak lawak mana pun but it make me feel like a stupido (at that time lah).

On the way home after picking up my daughter from school, I stop at a Shell Station to top-up the petrol.
So after putting the nozzle into the petrol tank I turned to watch the amount of petrol being pumped..but from where I was standing which was just a short distant away I can't see the amount clearly and I was wondering why it was so dark....So I asked my daughter who was sitting inside the car to signal to me when the amount reached RM50..Suddenly it strike me that I was still wearing my sunglasses...the moment I took it off .... WALLAAA.... everything looked so bright and sunny ...and from where I was standing I can see the digit from the machine ticking away very clearly.. as clear as the daylight. Hihihi...termalu sendiri! My darling daughter gelak guling-guling when I told her about it.

I have 2 pair of sunglasses... one in each car so I don't have to worry about forgetting to bring it where ever I go... Agree with you Puan Ida...chauffeur should have more than 1 pair of sunglasses.

The one I'm having is extra-wide fronts that are designed to sit over my regular glasses.






Monday, August 25, 2014

# ANTARA KUIH TRADISONAL SARAWAK...


Lama sangat menyepi...memang ada yang nak diblogkan tapi kemalasan melampau...nak buat macamana! Sebar je lah!

Nampak tak gambar kuih kat bawah tu..kuih tradisional ataupun kuih orang dulu-dulu...sekarang jarang orang buat..tapi masa kita kecik-kecik dulu ini lah antara kuih muih yang ada...dulu-dulu mana ada red valvet cupcake, macroon, cheese cake, palova dan sebagainya. Mungkin anak2 zaman sekarang tak pernah ataupun tak berapa kenal  kuih-kuih tradisional.

Kuih yang kat bawah ni nama nya Kuih Penyaram. Hari tu nampak kat FB ada orang upload recipi untuk kuih ni...Saya memang suka kuih ni... tengok recipi macam mudah je...so google survey resipi orang lain lepas tu baca comment followers diaorang...kalau semua comment positive kira betullah resipi tu...
Okey kita cuba try...jadi tak jadi tu belakang kira!

Singgah kat kedai dekat rumah, nasib baik ada jual gula apong...banyak pula tu...agak2 mereka baru restock so mesti masih fresh...kalau gula tu dah lama memang tak berapa rajin nak beli. Sebelum tu singgah kat TJ beli kuali kecik...hahaha...ambik ko... bersemangat sungguh nak start project membuat kuih. Bukan apa ada orang comment kalau nak buat kuih penyaram ni mesti guna kuali yang berwarna hitam baru dia menjadi...saya pun ikut... tapi kat kedai tu takda kuali hitam so beli saja kuali biasa yang kecik.. sebab hanya disarankan mengoreng satu persatu saja. So petang tu start project kerana adunan ni hendak diperam semalaman...esok baru boleh digoreng.

So next morning, dengan hati berdebar-debar...takut tak menjadi...startlah mengoreng...Fuhhh..Lega... sebab kalau ada gigi di tepi kuih tu maknanya menjadilah. Tadi tak semua comel-comel...ada yang tak berapa nak comel tapi rasa memang sedap...sebijik rasa ori dia..sori ehhh ..terlebih excited.
Tapi satu yang saya tak berapa berkenan sebab kuih ni meresap minyak....ialah orang sekarang semuanya health conscious kan!...ahhhh..takpa pejam mata je.. bukan selalu pun!



Kuih yang kat atas tu namanya Wajik...tu nama dalam bahasa baku...tapi kat sini seingat saya kita panggil pulut manis  (or famili kitorang je yang panggil macam tu??hmm..ok whatever...).

Hari tu beli gula apong peket besar lebih kurang sekilo...saya guna 1/2 kilo .. ada lagi tinggal 1/2 kilo..so pikir punya pikir .... nak buat apa lagi ye..tetiba teringat masih ada beras pulut...saya dah masak dua kali tapi masih ada berbaki lagi so okey next project kita buat pulut manis (sementara mood rajin masih mencanak-canak.)

Yang ni pun kuih orang dulu-dulu...sekarang ni masih ada orang jual tapi so far tak pernah makan yang sedap...selalu nya terkena yang keras dan terlalu manis atau pun senang cakap tak sedap langsung..biasalah orang business. Buat sendiri lagi berbaloi. Yang saya buat kali ni memang sedap, lemak tapi tak berapa manis..resipi sendiri ok! (jangan senyum sinis ya!) sebab my son yang sangat cerewet tentang makanan sanggup tapau dua keping sebagai bekal..dia akan makan masa rehat disekolah nanti...

Well what else can I say!!!

Thursday, July 31, 2014

#SELAMAT HARI RAYA...


Grilled chicken..



Salmon baked rice..

Hari pertama Raya macam biasa gi rumah kakak babysiter...pas tu pegi rumah kakak ipar dia, sebelah rumah aje dan juga rumah kakak dia kat depan.  Memang kita kenal jiran2 kat sini kerana me dulu pun pernah tinggal kat kampung ni. Kita hanya sempat ziarah tiga buah rumah saja tapi kenyang sampai ke petang...walaupun menu dekat2 nak sama...tapi tetap berselera...balik pun ditapau bermacam juadah oleh kakak babysitter.

Budak2 tu siap minta package 3 days 2 nites kat hotel California katanya. Anak bongsu kakak tu awal2 dah pesan mesti stay lama sikit kerana mereka berdua dah lama tak berambeh kat situ dan yang seorang lagi kakak dia siap beli baju raya sehelai seorang...almost tiap2 tahun baju raya mereka bertukar..



Hari kedua Raya hanya kami berdua saja kat rumah so malamnya dinner kat Colugos Bistro & Grill...dah lama berhajat nak try tempat ni...so finally termakbul juga. Makanan Western dan Indo..suka ambience nya dan makanan pun okok...so bolehlah pakai tagline 'will be back'!

Friday, July 18, 2014

# MY LI'L GIRL'S BIRTHDAY....




    








Alamak... terlupa pasal gambar ni....lama dah dalam draft...

Tanya birthday girl nak makan kat mana?....
Kejap nak Kenny Rogers...kejap nak Secret Recipe...tapi last2 end up di Sushi King

Kitorang pegi kurang lebih kol 5.30 lepas ambik dia dari kelas piano..
fikirkan kalau awal, we can beat the crowd....tapi hampeh..
sampai kat theSpring...aikkk...kenapa panjang sangat que depan Sushi King...dalam tu pun meja semua penuh....yang kat luar terpaksa tunggu kalau ada orang keluar baru boleh masuk...
so kitorang cepat2 join the que sebelum ia semakin panjang...
Ohhooo...rupanya ada promosi...tengok kat atas tu ...RM3 untuk semua pinggan sushi kat meja yang berpusing tu...tapi untuk members sahaja...so terpaksalah join jadi ahli...but its still worth it.

Tak boleh duduk lama sangat kat situ...ditetapkan 45 minit saja.

Sempat juga kitorang melantak sampai sepuluh pinggan...
elehhh...sepinggan sushi besar manalah sangat..tapi kenyang juga...
Harga termasuk air RM30++ untuk tiga orang....murah juga kan!
Selalunya kalau empat orang adalah seratus hinget terbang melayang.

Sebelum balik singgah di Secret Recipe beli kek...request dari the birthday girl..
oklah tak payah membaking..jimat masa

Wednesday, July 16, 2014

# FRUITS FROM OUR BACKYARD....



yang ni dah masak baru kena sembelih pagi tadi..

I took those pics a few weeks ago...from my backyard....that nite I was chatting with hubby (as always giving him our daily updates when he is away ) and he wanted to know whether the dragon fruits, sour sop and bananas has ripen ...so the next morning I purposely went to our back yard to snap these pics and upload on FB.. and that was also the last time I could use my Hp camera.

Selepas meng-upload gambar ke PC I terlupa nak keluarkan memory card....tiba2 bila teringat... Alamak... dah terlewet....sebab semua gambar kat dalam tu dah hilang...huhu...nangis tak berlagulah nampaknya.

Tak tau kenapa terjadi macam tu...ada ke kerana virus?? atau pun tersalah tekan terus terdelete semua (I ni kan tak berapa nak cerah IT)...kini terpaksa di format semula...habislah semua data kat dalam tu.



Terlupa pula nak snap gambar pisang...sebenarnya tak perasaan pun pisang dah berbuah...tapi belum masak lagi. Masak2 pun paling lama kena tunggu sebulan dua.

Wednesday, July 2, 2014

# WORDLESS WEDNESDAY...

                                                           CAFE-CAFE


 



 







Saturday, June 28, 2014

# MY SATURDAY.....

Pic ni takda kena mengena dgn apa yg I tulis kat sini...suka2 je..


How times fly...its already Saturday...been a hectic week...and hertic day too...woke up 6am early this morning .. have to be in school before 8am to collect the kids report cards and before that parents are supposed to attend a briefing at both schools.

My kids are in two different schools but on opposite side of the road...the briefing at my son's school starts at 7.30am while my daughter's starts at 8 am....since hb takda I was at lost macamana nak berada di dua tempat sekali gus.... stress juga terkejar kejar....so buat keputusan mana yang lebih penting...ok my daughter will be sitting for her PT3 this year so ini kena diutamakan...nak tahu juga apa yang terbaru mengenai exam PT3...so settle.

Lama juga taklimat yang diberi oleh Pengetua dan dua tiga orang guru ....jam 10 pagi baru tamat...so ambik report card lepas tu terus berkejar ke sekolah sebelah...my son dah tunjuk muka monyok...kerana lama sangat menunggu ...I risau juga takut guru kelas dia dah chow...tapi nasib baik cikgu masih menuggu  kat situ.

Pas selesai bermonolog dengan cikgu dia, my son terus ikut kawan ..diaorang ada program sendiri.. so kita berdua (my daughter) saja balik... perut pula berkerongcong so terus pegi lunch sebelum singgah membeli barang basah untuk dinner malam ni.

Pukul empat petang nanti ada kawan invite birthday anak dia...antar my daughter pegi dulu...sementara I gi ambik my son dari Boys' Brigade...pastu terus pi rumah birthday ni.

Hb pula akan balik petang nanti so selepas makan kat birthday party tu terpaksalah berkejar balik rumah untuk masak...penatkan?!!...tapi ada masa pula berblog..hihihi.... Adrenalin tengah high macam2 boleh buat...walaupun agak stress.



Update: tak payah masak malam ni...kakak tapau meehoon goreng, BBQ chicken wings & kuih muih..rezeki jangan ditolak...hihihi.

Wednesday, June 25, 2014

# WW...COMFORT FOOD