Saturday, March 15, 2014

# TAK ADA APA CERITA.....




Dah lama tak meninggalkan jejak kat blog saya yang satu ni. Apa boleh buat...penyakit m+bz...ahaks!!...yalah tu ..bzlah sangat2! Tampah pula ada masalah teknikal sikit ngan lappy...sebab tu malas menjadi2..

Start tahun ni my son dah sekolah sessi petang..so dalam sehari tu paling minimum pun 3 trip ulang alik ke sekolah/tuition/music...ada hari tu pula sampai 6 trip (penat tak payah cakaplah)  dan bila timing tak cun (my daughter sessi pagi-masa balik tak menentu) terpaksalah dok tercongok dalam kereta sampai sejam dalam cuaca panas...aircon di switch off...bukan cheap skete ok!...tapi bila nampak jarum gas/petrol kat kereta boleh jatuh satu bar bila ON engine dan aircon serentak selama sejam WALAUPUN tak bergerak... Satu bar tu lebih kurang RM10+-... kalau dua tiga kali seminggu..cuba darap....tak kuasa beb... biarlah bersuana kejap..(mandi peluhlah tu!) ' pergorbanan seorang ibu dalam mengatasi kegawatan ekonomi masa sekarang'.. (chewah!!..sebiji mcm essay F5) kan.. !! Dalam seminggu tak kurang dari RM50 untuk isi petrol sahaja. Ni kena claim petrol allowance dari hb..samalah macam diaorang claim dari company!! hihi...

Bila hb ada, taklah teruk sangat...bolehlah gilir2 antar dan ambik diaorang..tpi dia pula selalu kena gi outstation..nak buat camna dah tugas. Nasib baik juga saya tak bekerja..kalaulah.....hmmm...tak tau camna nak handle situasi  ini.

Semenjak dua menjak ni memang setia depan TV, either Astro Awani, TV 1 or TV 3...ternanti2  berita terkini tentang MH370....suspen habis...bagaimana agaknya penghujung misteri kehilangan persawat MAS yang dalam  perjalanan ke Beijing ini... seluruh dunia sedang menanti ....dah masuk hari kelapan....walaupun banyak pertunjuk tapi masih tak jumpa.  Only the Almighty knows....