Hari Isnin lepas, walaupun dah cuti sekolah tapi terpaksa juga bangun awal ....siap sedia untuk meredah kesesakkan lalulintas....untuk apa! Hmmm..nak hantar my son pegi klinik Ibu Kota..untuk merasmikan yang dia akan menjadi anak teruna ...hihihi yelah tu... Faham tak?...yang selalu keluar tv atau suratkhabar..waktu cuti sekolah... budak2 yang kena sembur dengan air oleh bomba...macam gambar kat atas tu. Fahamkan!!!
Masa appointment pukul 8.30 pgi tapi kena tunggu sejam sebelum nama dipanggil. Oleh sebab daddy dia diluar kawasan terpaksalah kita yang penakut ni ikut temankan dia dalam bilik doktor ....semasa menunggu ubat bius tu meresap....dalam hati rasa nak cabut keluar dari bilik tu tapi apakan daya tak sampai hati juga apabila melihat wajah pucat anak mami itu...
Doktor memang pandai distract budak2 ni dengan macam2 soalan sampai dia orang tak sedar operation minor tu dah selesai. Ada juga terdengar my son merengek kecil....makin nyilulah tulang som2 ku ini!
So dalam seminggu tu memang kita orang tak kemana-mana...takan nak tinggalkan budak tu seorang2 kat rumah...tapi weekend ada juga merayap gi Giant beli keperluan dapur.... Harap2 minggu depan dapat balas dendam seminggu yang sangat boring itu....Shhhh...kitorang nak gi makan anginlah....tak jauh pun...masih dlm M'sia juga. Mood: excited...