Baru reda demam Greyson Chance....sori eh.....walaupun cerita ni dah basi tapi biarlah I touch on it secara sepintas lalu je....k? Yalah dua tiga minggu yang lepas demam Greyson memang melanda secara mendadak dibandaraya Kuching, terutamanya dikalangan budak2 remaja...dan yang tak berapa nak remaja!
Yalah...Yours truely pun terkena tempias demam ni disebabkan oleh anak dara dan anak bujang yang peminat setia budak Greyson ni. Teringat semasa di tHe Spring hari Khamis lalu terjumpa seorang kawan, siap dia kata ' I know why you are here, mesti ada anak remaja' hahaha......you are right man! Dia pun kat situ bersama anak dara dia. Di tHe Spring tu sesi sign autograph, dan my daughter pun sempat dapat signature dari Greyson, seronok betul dia..yang adik dia tak dapat kerana satu CD je, balik rumah dia tarik muka, siap merajuk kerana tak dibelikan CD dan tak dapat jumpa Greyson secara dekat.
Sibuk mencari pass masuk untuk concert tu walaupun pada hari tu tak payah pass pun...free for all...asalkan rela meredah lautan manusia yang berada di tapak concert di KIRC.
Mummy dan daddylah yang terpaksa menjadi bodyguard mengiringi budak dua orang ni dan seorang bff my son......takkan nak membiarkan mereka pergi seorang2....bahaya ! Kita orang pergi waktu malam walaupun ia start awal, memang tak selesa dengan bersesak2 dan stage pun agak jauh.. tapi takpa... bukan nya selalu.... bila lagilah penyanyi international nak datang Kuching!! Selepas Greyson habis nyanyi kita orang chow...
Ngegeh....tajuk seperti diatas tu ialah lagu budak kuching, Arabyrd..... hebat nama!! (pronounce as Ara-Bird..senang ceta)...walaupun genre lagu dia bukanlah untuk makcik2...tapi lagu dan performance dia malam tu hebat juga.. sungguh entertaining.....Lagu Ngegeh ialah dalam bahasa Melayu Swak, lagu yang agak catchy, kini telah menjadi siulan budak2.....tadi nampak my son mendengar lagu tu yang didownload oleh kawan2 dia di FB.
Sekarang semua dah kembali sihat, takda demam2 lagi....tapi next week bermulalah cuti yang sangat panjang untuk budak2 sekolah......dan mak2 budak pula akan pening2 camna nak handle budak2 yang ada terlebih masa lapang. Seriau!