Sunday, July 10, 2016

# BALI.....PART 2

2nd Day

Bangun2 terasa kepala berdenyut2...rasa mual..cepat2 bangkit dari katil terus menuju bilik air...muntah walaupun perut kosong. Tercari2  beg ubat yang kita bawa..kita dah standby memacam ubat..dah makan ubat baring kejap...tiba2 datang lagi rasa mual.  Aduiii...apalah nasib..baru jak sampai  tempat orang dah sakit ...macamana ni!!!

Bila semua dah bangun kita decided nak turun coffee house untuk breakfast.  Kita tak ambik package bilik hotel dengan breakfast so terpaksalah bayar extra...mahal pula tu tapi nak buat macamna dah terdesak dek kerana kelaparan...Kita belum biasa dengan tempat baru...belum ronda2 lagi so tak tahu nak menuju ke mana mencari  makan.

Inilah pertama kali tak berselera tengok makanan walaupun terasa lapar sesangat..selalunya nak control selera tu yang menjadi masalah.  Bila nak telan makanan tu rasa nak terkeluar balik.  Dah tak tahan...hanya sempat makan sikit ja...terus berlari naik keatas..tu pun tak menyempat2..rasa nak terkeluar segala isi  perut.  Selepas habis business kat wash room tu baringlah sekejap sementara menunggu famili naik atas. Rasa tak berbaloi bayar buffet mahal2 tapi makan seciput jak.

Tepat pukul sembilan driver kitaorang call kata dah tunggu kat bawah..  Nak tak nak tetap gagahkan diri untuk ikut serta walaupun badan masih rasa lemah longlai.

Tempat pertama yang dituju ialah Kilang Silver Jewellery dan Kilang Batik .... biasalah tempat tumpuan pelancong.  Sampai Kilang Batik memang dah tak larat dah..berjalan pun terhuyung hayang.. so minta driver hantar balik hotel.  On the way singgah kejap  kat supermarket beli segala biskut dan air sebab dalam bilik hotel satu benda makan pun takda melainkan air mineral yang di sediakan pihak hotel.  Sebaik saja masuk hotel terus meluru ke bilik air..muntah lagi.  Lepas tu makan ubat  sebab yang sebelum ni semua dah terkeluar.  Kepala semakin berdenyut  so cepat2 tukar pakaian lepas tu  terus menghampaskan diri atas katil ... apabila tersedar dah pukul tiga atau empat petang.  Baru rasa lega sikit...kepala dah rasa ringan.

Itu lah orang tua selalu berpesan jangan biarkan perut kosong takut nanti  masuk angin.. angin naik ke kepala. (ye kah?!! Hihihi..)....bunyinya  lucu tapi apabila dah merasa seksanya baru percaya kan???
Yang kita, last makan kira2 pukul dua petang di KLIA2 sehari sebelumnya, sampai the next morning tak makan2.. mana tak perut masuk angin. Dah terkena ni haraplah lain kali lebih beringat.

My family contiune jalan2 dengan driver sebab dah bayar.  Sehari RM150 selama 10 jam tapi diaorang pukul lima dah balik sebab kata penat sebab cuaca panas.  Macam2lah cerita ...rugi mumi tak ikut. Nak ikut macamana kalau berjalan pun tak larat ...cuaca pula panas terik...memang cari nahas lah tu. 

Malam tu takda program  pa2 so pegi Gallaria Mall, sebelah hotel jak ...jalan kaki sebab ada shortcut  dari hotel....makan puas2 pastu jalan2 cuci mata.  Sampai mall nak tutup baru kitaorang balik.

Itu sajalah untuk 2nd day kitorang di Bali..



Kita ambik 2 bilik tapi connecting sebab semua dah besar gajah mana nak cukup kongsi 1 katil walaupun king size

Dari tingkap bilik boleh nampak carpark Galleria Mall...

Di pakir bawah Galleria Mall...

Galleria Mall view dari depan..



Dlm Gallaria Mall...




4 Pics diatas semua dari hp HB sebab masa tu kita tak ikut...



No comments: