Dulu2 tak berapa suka buat cookies/biskut kerana minat lebih kepada membuat kek...sebab kek sekali humban saja..selepas mixing semua ramuan/ingredients tu terus masuk oven atau kukus dan tunggu sejam dua dah masak dah, sementara tu boleh buat kerja lain...tapi cookies process lama sikit sebab selain mengentel, oven pula tak berapa besar so masuk tray satu-satu dan yang paling I benci cookies selalu hangus ataupun keras macam batu. Sebab bila pertama check warna masih pucat so tunggu punya tunggu last2 hangus. Itulah yang menbantut minat nak mengkukis tapi entah macamana ada sekali tu ternampak resipi German cookies di IG...hmmmm.. macam senang je...ingredients tak banyak dan tak payah guna mixer...ini lagi satu yang selalu buat kita malas...malas nak angkat mixer yang besar gedabak dari bilik store. Banyak kau punya malas makcik!!! Hihihi....
Cookies ni dah banyak kali buat...sedap sesangat...melt in the mouth gitu. Kita selalu buat giant size punya, besar sikit dari yang biasa. Sendiri makan suka hatilah nak buat besar mana..dan recommended untuk snek.
Kalau 1 botol plastic yang besar tu tak sampai seminggu dan licin. Bila dah start menguyah memang susah nak stop..very da additive. Dan ini lah punya angkara timbang tak turun turun.. kan kita dah cakap hari tu!!!!
Okey, kalau ada siapa2 yang nak merasa kesedapan cookies ini, kita share resipi disini. Akak caring uolls!!! So jangan malas2. Senang sesangat.
* kalau size cookies tu besar, baking time lama sikit ya dan gula saya kurangkan tapi kalau suka manis ikut saja resipi asal.
Sumber: ainazarina77
GERMAN COOKIES
Bahan2
250 gm butter (suhu bilik)
80 gm gula aising
250 gm tepung kentang
180 gm tepung superfine/gandum
Gula berwarna atau manik gula untuk hiasan
Caranya:
1. Ayak tepung kentang dan tepung superfine.
2. Pukul butter dan gula aising dengan senduk kayu hingga sebati..tak perlu mixer.
3. Masukkan tepung dan gaul adunan hingga sebati..adunan memang lembik tak perlu panik.
4. Tutup mangkuk dengan cling warp dan simpan sebentar dalam peti sejuk.
5. Keluarkan adunan dan bulat2kan sebesar guli..susun diatas dulang pembakar, ambil garpu yang bersih, celup dalam air kemudian tekan sedikit untuk corak.
6. Hias dengan manik gula. Bakar pada suhu 160C selama 18-20 minit.
Yang atas ni berhias dengan manik gula... |
Ni pula walaupun tak berhias tapi tetap melt in the mouth ..tak caya!!.. cuba try buat. |
No comments:
Post a Comment