Tuesday, October 16, 2012

# BUDAK DIHAMPAP TV...

Tiap kali membaca berita seperti diatas saya akan teringat akan kisah yang sama yang terjadi kepada kedua2 anak saya.       

Masa tu, umur my daughter 4 tahun dan my son 2 tahun. Seperti biasa selepas makan tengah hari saya akan membentang tilam dan beberapa bantal depan tv untuk budak2 ni tidur. Tanpa saya sedari,( saya masa tu duduk tak berapa jauh dari mereka tapi tengah membaca suratkhabar) my son telah memanjat cabinet tv tu, dan membuat tv tu jatuh lalu menghampap mereka berdua.... It happened so fast that I did not noticed how my son had climbed on to the tv cabinet. Mungkin kerana ada tilam yang kat bawah tu yang menyelamatkan mereka dari apa2 kecederaan, tetapi saya percaya itu intervention dari yang maha kuasa.

Saya yang terlebih takut dan panik terus menangis and my daughter pun apabila melihat mummy menangis dia pun turut meraung sama, tu yang termuntah-muntah. TV tu pula besar gedebak size 29 inci yang model tahun 90 an. I really thank God that both of them came out without even a scratch on their bodies.

Tapi saya tetap menghantar mereka ke clinic untuk pemeriksaan bagi memastikan bahawa tiada kecederaan dalaman. Tak puas hati juga kerana my daughter ada muntah2 semasa kejadian, so the next day kita bawa mereka ke Normah Medical Centre. Doktor yang merawat mereka tergelak apabila mendengar kisah yang kami sampaikan.  So Doktor checked, nampak ok tapi dia pesan kalau ada apa2 simptom yang mencurigakan dalam dua tiga hari tu cepat2 hantar mereka ke hospital. Thank God semua nya ok.

Perkara yang berlaku macam ni, kita tak boleh nak menyalahkan ibubapa sepenuhnya kerana budak2 ni sangat lasak. Tak boleh terlepas pandang walaupun seminit. Tetapi walau bagaimanapun kita patut berwaspada setiap waktu.

Nilah tv 29 inci tu...

3 comments:

Mizz Coki said...

Saya almost dihempap peti ais masa tu mak saya kata saya baru belajar meniarap. Ni gara2 my late brother yang pergi bergayut kat peti ais.

AB said...

Thks Mizz Coki kerana sudi singgah dtu. Appreciate it vy much.

Mizz Coki said...

Didn't know that u're an Iban too. we are Ibanez ahahahha