Last Thursday I thought of scrubbing the bathroom ...yalah the floor pun dah tak berseri lagi sebab tukang cuci tak ada..nak tunggu dia balik ...takut dia mengomel pula..so terpaksalah buat sendiri.
So ambik chorox, pencuci lantai dan berus plastik...so mulalah project menyental.....OMG.....takku sangka memang degil sangat daki2 yang melekat kat situ. Chlorox yang pada mulanya hanya ada 1/4 botol , dan pencuci lantai pula 1/2 botol, habis I kerjakan tapi tak juga berseri2 silantai tu. Dah lebih setengah jam memberus tapi ada lagi yang masih degil... kita stop kejap.....masa untuk ambik budak2 tu dari sekolah. Muscle kedua2 belah lengan dah mula rasa sakit..manakan tidak kita menyental sekuat2 hati.
My son pergi tuition ikut kawan dia, so hanya my daughter saja balik ikut saya. Dia dah tapau lunch so makan dalam kereta ja. On da way back kita singgah di TJ beli chorox dan pencuci lantai. Misi menyental belum habis lagi..... So petang tu continue lagi .... resultnya?...oklah berserilah sedikit dari sebelum nya.
That night memang saya tak dapat tidur kerana kedua2 muscle lengan menjerit kesakitan.... terasa membengkak....puas saya mengurut dengan minyak kapak..lama2 adalah berkurangan sedikit sampailah saya terlena.
Dan semalam bila hubby balik, dia perasanlah lantai tu berseri sebab dia comment : eh..putihnya!
Hahaha...berbaloilah misi saya..... mendapat pengiktirafkan..
Inilah pertama kali saya buat kerja tu, kerana selama ini ia bukan dalam bidang kuasa kerja saya.....hubby punya, sebab tu bila dia tak ada, saya terpaksa ambik alih. Memang sungguh memeritkan. Moral of the story... Jangan pandang sebelah mata bidang tugas orang lain!
No comments:
Post a Comment