Monday, October 29, 2012

# BUAH DABAI...The BLACK JEWELS of Borneo


Pernah tak dengar nama tu?  Tak pernah?  Saya pun, baru last week terbaca article Black Jewels of Borneo dari majalah "Happenings in Sarawak". Ini ialah nama glamour buah dabai aka... buah olive tempatan. Kenal buah dabai tak? Yang tinggal di Sarawak, taulah... Yang belum kenal tu lihatlah gambar yang kat bawah. Walaupun rupanya  tak seberapa tapi rasa dia...hmmm...yang pernah makan ja yang tau...cicah kicap manis...memang ummph...boleh ketagih dibuatnya.!



Sebenarnya, saya dulu2 tak berapa nak suka buah dabai ni...sebab dulu mana ada orang jual buah ni kat pasar ...buah ni terdapat didalam hutan so masa tu mana ada jalan raya macam sekarang yang ada highway walaupun.......so tak adalah orang nak mengangkut buah ni ke bandar untuk dijual. Kalau ada pun, cuma saudara mara dari kampung yang bawa mengunakan perahu, tu pun taklah banyak mana. Sebab tulah tak kenal maka tak cinta, tapi sekarang in..... dah taraf gila bayang...aiikkk.....sentiasa merindui buah ni. Buah dabai ni bermusim, so sekarang memang musim buah-buahan...so berpesta buahlah  kita......



Satu lagi buah kegemaran saya ialah buah engkalak..gambar kat atas ....yang berwarna pink bila dah masak.....cara makan pun sama macam buah dabai...direndam dalam air suam dan cicah dengan kicap manis...perghhh....hingga menjilat jari. Tapi yang best nya makan buah-buahan ni nak perlu risau pasal lemak tepu ke, kolesterol ke ataupun apa-apa yang seangkatan dengannya..  .Buah-buahan dikatogerikan sebagai makanan sihat...kan?   Yayyy.....Yang saya baca dari Majalah Happenings ni ada menyatakan khasiat  yang terkandung dalam buah dabai ialah energy, potassium, protein dan calcium dan juga tinggi anti-oxidant.....hah apalagi.!  Tapi kalau makan tu berpada- padalah ya!... asal jangan overdose, sudah!

Satu lagi buah yang bermusim ni, yang dulu saya suka tapi sekarang tak...Boleh teka ?...hihihi...Raja buahlah, apalagi kalau bukan buah durian.  Dulu2  memang hantu durian..tapi sekarang tengok pun tak berselera. Yang telah dibuat tempoyak makan pula, tapi yang masih freshlah, masih manis, yang baru dibuat dalam masa seminggu, yang dah masam tu buang tepi je. Ehh....sombong nya?



Semalam kawan hubby baru balik dari kampung, adalah  bawa buah-buah tempatan ni, so hubby beli 4 biji durian dan 2 kilo langsat. Durian dia makan sebiji seorang-seorang, my daughter kata dia dah kenyang so tak nak makan, my son sama macam saya, tak pandang buah durian, jadi yang selebihnya 3 biji dia masuk dalam kotak simpan kat luar rumah. Kalau disimpan dalam rumah mau nya pengsan saya.




No comments: