Beautiful..taken when d sun was shinning & bright but it looks like nite.. |
On the road again....Yesss.. masa cuti sekolah yang lepas, we packed up our bags and head to Bintulu....Yayy..Yabidabidu...Bintulu here we come.
Yang diplan lain, yang terjadi sebaliknya...few months back dah angan2 nak cuti-cuti Malaya..but my son is suppose to sit for his piano exam in March or April tapi date tak confirm lagi..so taknak take d risk terpaksa tunda...nanti kalau dah booking semua tiba2 exam pula on the same date kan ke hancurs.
So bila hb kata diorang ada operation di Bintulu, so apa lagi jom ikut.. Kali ni kita nak drive terus ke destinasi tak payah tansit semalam di Sibu sebab alang2...dari Sibu ke Bintulu hanya 3 jam. Estimate dari Kuching ke Bintulu 9 jam..(9 jam on the road..OMG) Kitorang gerak on Sunday pukul 7.50am. Mula2 kata nak start pukul 7am tapi hi ho hi ho...last2 pukul 7.50am baru semua settle. Hari pula hujan lebat semasa kitorang berangkat dari rumah...nervous juga sebab permandangan tak berapa jelas. Tapi hujan hanya didaerah Kuching sebab tak sampai setengah jam kemudian cuaca terang menderang.
Kita hanya berhenti makan di RnR di Simpang Saratok, singgah untuk mengisi minyak di tiga buah Shell station di sepanjang perjalanan ...Siburan, di Betong dan di Selangau.
So betullah estimate kitorang..sampai di Bintulu pukul 5pm. Sakit belakang tak payah cerita..walaupun tidak memandu. Kali ini kita stay di Kemena Plaza Hotel di tengah bandar..(pasar lama nostalgic macam India Street & Gambier Street dulu2) busy area.
Malam tu lepas dinner di cafe hotel, kitorang tak kemana2...terus masuk bilik, rehat..semua kepenatan.
Next morning bila hb turun kerja..me and the kids put on our walking shoes dan terus venture out nak tengok apa yang ada di pasar Bintulu. Tiba2 terfikir, hehhehhe...sementara takda program tertentu apakata pegi salon cuci rambut. Hahaha..kan!... tanya my doter...dia setuju..so ok..lets cari salon. Di pasar ni...segala kedai sundry..kedai baju/bag ..jual sayur..Pub/karaoke/spa/rmh urut(ank ayam bersedai dikaki lima) semua ada. Warga asing pun ramai berkeliaran kat sini...dengar slanga mereka dah tahu. Ok back to my topic..then weol ternampak satu shopping complex kalau tak salah namanya City Point...dalam tu ada banyak salon...ground floor ada tiga ke empat buah tapi kitorang terus naik atas...nak survey dulu..and on the 1st floor sama juga ada 3 atau 4 buah lagi salon. Semasa kitorang round tu ternampak dalam satu salon tu macam orang kita jak so oklah kita support sama bangsa...service dia?.. oklah no complain ..mungkin yang layan saya tu taukenio dia..friendly tapi dia tak cakap banyak, apabila kitorang pegi bayar kat kaunter baru dia tanya...bangsa apa? ohhh.. lepas tu baru dia start tanya macam2... tapi kita tak lama kat situ. Harga service untuk 2 orang ?...rm38 dua ringgit less dari yang di Miri dulu. Tapi takpa tolong business bangsa sendiri kan!
Petangnya selepas hb balik kerja dia bawa kitorang pegi satu lagi shopping complex..alamak..apa nama ya!..1st World ke apa.. sorilah kalau salah. Selain daripada membeli makanan sikit...terbelilah pula sunglass..sebab lupa bawa dari rumah. Harga? almost double harga yang di Kuching. Tapi dek kerana desperate, tutup mata je bayar. Ehh..lupa pula sebelum ke situ, kitorang pegi Tanjung Batu Beach..ada foodstall jual makanan & minuman..tengok orang minium air kelapa macam sedap je...so semua pakat order air kelapa...RM4 satu...Adui..hampa sebab tak fresh or manis.
Untuk dinner kita tapao dari cafe hotel saja sebab coupon untuk satu bilik tu budget dia ngam2 untuk 4 orang makan. Kalau duduk dicafe, mestilah nak order air itu kena bayar sendiri... kalau tapao makan dibilik beli air diluar lagi murah. Yalah rakyat kita ramai terpaksalah pandai2 jaga budget...sebab kena duduk sana selama seminggu. Tapi best juga makan dalam bilik lebih santai, kadang2 kalau order nasi ke nasi goreng atau mee/meehoon goreng diaorang bagi banyak, sampai tak habis makan...yang tahan, tak basi tu kita simpan boleh makan lagi. So selama seminggu disana tiap2 malam tapao...sampai tak tahu nak order apa lagi..
Ok...sekian saja ya, nanti sambung lagi...kira next changelah... sekarang kita tengok pics dulu.
singgah di RnR di simpang Saratok.. |
Sedap..my son repeat order on our return trip.. |
baru landing.. |
1st day... |
2 days later...tempat tidur menjadi empat.. |
1st nite dinner... |
Tanjung Batu beach |
Our nightly tapaos.. |
2 comments:
Hi,
Thanks for dropping by at my blog.
It's been quite a while kan that we used to leave comments on each other blog.
Sometimes I recognise people's face tapi lekak ya berhempas pulas mengingatkan nama.... hehehehe
Now I remember... TQ
Hahaha..mesti ramai peminat negur ktk...ia x ingat.
Post a Comment