Tuesday, March 31, 2015

# BINTULU PART 2..

Hari kedua sebelah pagi seperti hari pertama kita just jalan2 di pasar...tak tahu nak pegi mana...hendak drive tak biasa ....budak2 dah bising...Boringlah...takpa jalan saja..takan nak duduk dalam bilik hotel satu hari suntuk...tu lagi boring..asik mengadap tv dan hp ...sementara tunggu maid hotel kemas bilik. Oh ya, nak cari bank...nak top up wit....jumpa juga HSBC dan seberang jalan nampak Standard Chartered...tak besar mana pun pasar ni, mesti jumpa punya. Satu yang sangat ketara kat sini dan juga Miri yang saya perasaan ialah ramai bangsa asing..esp indon yang berkerja dikedai makan biasa dan sebagainya...Selangkah dua kita berjalan akan ada berselisih bahu dengan diorang.   Bukannya kita racist atau sombong tapi rasa macam tak selesa..lebih2 lagi dikedai makan...ialah kita selalu dengar macam2 cerita tentang mereka ni sebab tu terngiang2 di fikiran. Harap2 tidak menjadi macam negeri sebelah kita yang sedikit sebanyak telah dimonopoli oleh bangsa asing. Di Kuching takda macam ni...hb kata kebanyakan diorang ni berkerja diladang kelapa sawit di Bintulu dan Miri...so hujung minggu ramailah diaorang berkeliaran dibandar.

*Terkejut macamana post ni boleh di publish...agaknya tersalah tekan!!...tengok pageview dah ada 5 yang singgah...hahaha... sepatutnya masih dalam draft..belum edit lagi..tulis pun tungang lagang...masa menaip hari tu saya berebut nak keluar tapi tengok masih ada sedikit masa so tulislah apa-apa yang terlintas di fikiran dulu nanti bila senang baru edit.   Mesti pembaca hairan (ehehe..ada pembaca ka?)  kenapa blog ni tergantung. Oklah ni saya sambung...

Petangnya kita jalan2 diWaterfront....panjang juga waterfront diaorang ni...kalau tak silap ia bermula dari belakang market Bintulu, dipasar lama.. tapi kitorang hanya berjalan setengah jalan saja ...tu pun dah termenggah-menggah.   Kalau jogging kat sini memang best...cantik permadangan.
Tak berapa ramai orang masa tu....so selesa....angin pula sepoi2 bahasa...tenang fikiran ...terasa kedamaian di sepanjang waterfront.....sambil tu melihat matahari terbenam.









Coincident that week ada keramaian di bandar Bintulu...Perlawan Muay Thai dan sempena itu di  adakan  pameran dan jualan di lapangan terbang lama sebaris dengan pasar malam diaorang. Pulang dari Waterfront kita terus pegi tempat ni, tak jauh, jalan kaki saja dari hotel.  Yang menarik perhatian saya, stall yang menjual pakaian tradisional iban atau pun ngepan iban.  Mula2 tak rancang nak beli apa2 sebab kebanyakan barang tu kita dah ada...tapi tangan tetap gatal nak buang duit so ambiklah gelang kaki untuk menlengkapkan set yang dah sedia ada.  Semakin lewet semakin ramai pengujung yang datang... setelah puas pusing2 kat situ baru kita chow...adalah tengok pelawan Muay Thai sekejap... sebab kitorang jauh dibelakang tak berapa nampak...dahlah budak2 merengek nak balik....penat.

 Itulah ending untuk hari kedua...nampaknya ada lagi sambungan.....Adui!




satu daripada stall yang menjual pakaian/instrument tradisonal....


masa kitorang sampai situ masih awal so belum start lagi..

No comments: