Monday, March 2, 2015

# HARI KERAJINAN MELAMPAU....





FRUIT CAKE



OREO CHEESE CUPCAKE..

Last weekend datang kerajinan melampau....sampai snap gambar pun ala-ala step by step...LOL.

On Friday afternoon bersama my girl...ya dia tolong...kita buat Oreo Cheese Cupcake.  Cream Cheese tu beli dah lama..sampai tak ingat bila ...dan semenjak itu telah bertapa di dalam fridge, menunggu tuannya datang rajin. Dek kerana takut expire so terpaksalah merajinkan diri....

Nak buat apa ye! Sibuk mencari resipi di internet...sekejap nak buat steam cheese chocolate cake..cheese cake biasa atau pun cupcake ni.  Fikir punya fikir..oklah buat cup cake je...pilih yang senang.  Saya malaslah kalau yang complicated sangat atau pun banyak ingredients.  So dapatlah 10 biji...

Next day bangun tidur rasa bersemangat nak buat satu lagi cake..Steam Fruit Cake...bahan2 semua ada...so lets..

Selalunya saya boleh siap semua preparation dalam masa satu jam tapi yang mengambil masa ialah mengukus...yang ni lebih kurang 2 1/2 jam. Tapi yang bestnya kalau mengukus.. kita tak perlu risau cake hangus melainkan air tu kering sendiri barulah  steamer tu yang hangus.

First time buat  cake ni masa Christmas...sedap so bercadanglah nak buat lagi...berangan boleh simpan dalam fridge...bila rasa nak makan dah sedia ada ataupun kalau tetamu datang mengejut boleh lah hidang.  Cake ni tahan lama tapi terpulang jugalah....kalau isi rumah yang kuat melantak tu.. dalam seminggu dua boleh licin.

 Saya perasaan apa2 yang saya buat kali kedua atau seterusnya, rasanya tak akan sama walaupun ikut resipi yang sama.
Tahu kenapa?... kerana tangan ini gatal sangat nak menambah atau mengubah ingredients sesuka hati.
Tak terkecuali dengan cake yang ini. Tapi sedap tetap sedap walaupun ada manis sedikit.. .Dan tetap angkat bakul sendiri...Kahkahkah

No comments: