Tak berapa nak ingat but I think on Tuesday morning lepas breakfast kitorang pegi gym...exercise kat sana selama lebih kurang sejam.. lecun juga baju...lepas tu bergegas turun ke bilik salin baju mandi (bukan salin baju dan mandi tapi salin swim suit..haha..takut ada yang terkeliru)...naik atas semula tapi kali ini menuju ke swimming pool. Sampai disana tak ramai orang...satu famili anak beranak mungkin dari Brunei (dengar slang mereka dah dapat agak.)
Budak dua ekok tu memang seronok kalau dah masuk pool....so sementara menunggu mereka, sempat jugalah mak badak berendam sekali. My son kalau dah masuk namanya swimming pool, memang susah nak keluar...kita dah mengigil tak tahan kesejukan tapi dia tetap berdegil taknak keluar. Last2 saya pegi salin pakaian dulu tak tahan dah, tapi lepas salin saya balik lagi kesitu...tak berani nak tinggal mereka seorang2. Sampai biru bibir, biru tangan, mengigil-gigil baru dia pandai keluar dari pool dengan sendirinya...dah tu complain sejuk... Padan muka!
Next morning apabila terjaga dari tidur...badan dah rasa lain macam..rasa2 nak demam...kejap panas kejap sejuk....bila bangun dari katil nak pegi kebilik air tiba2 rasa mual nak termuntah...kepala dah terasa terhuyung hayang. Terpaksa tekup mulut takut tak sempat sampai toilet.
Habislah! satu hari tak dapat bangun...nasib ada standby penadol. Makan sikit roti untuk mengalas perut sebab nak makan ubat...tu pun masuk sekejap ja..lepas tu terkeluar balik. Bila dah telan ubat cepat2 baring takut2 terkeluar lagi....lepas tu tidur tak sedar diri, sampailah hb balik kerja petangnya.
Agaknya badan saya merajuk sebab tuannya rasa diri masih muda belia... lepas berpeluh2 bergym terus berendam dalam swimming pool (takdalah berpeluh2 terus terjun pool.. masa tu dah cool downlah)..! Badan ni memang manja sikit...terkena hujan ka, tidur lambat ka...mesti terus meragam kalau tak demam, sakit kepala. Memang biasa terkena tapi tuannya tak sedar-sedar lagi!
Malam tu terpaksa kuatkan diri keluar cari makan walaupun kepala masih belum stabil. Nak buat macamana...lagi dilayan lagi lah ia meragam.
The next few days takda apa2 yang menarik berlaku....sampailah hari Sabtu...kita packing sebab nak start our journey back to Sibu. Sebelum memandu keluar dari Miri..hb kata mesti pegi The Grand Old Lady kerana tak sah datang Miri kalau tak singgah kat situ. Masa kitaorang sampai, muzium tutup so kita just jalan2 sambil ambik gambar...gambar telah ditepek diblog terdahulu.
On the way to Sibu singgah diBintulu, kira nak stop kejap for lunch tapi di foodcourt yang satu tu penuh...ialah masa lunch semua bertumpu kat situ so malaslah nak berebut.
Lagi pun kitorang taklah lapar sangat sebab pagi tadi dah heavy breakfast dicafe hotel. So singgah diSupermarket beli makanan dan air.. takut masa perjalanan nanti budak2 atau bapak budak tu terasa lapar adalah makanan untuk mengalas perut..
Sampai Sibu kami terus menuju ke hotel Kingswood...terkejut melihat motosikal berkuasa besar bersusun di luar hotel..bukan dua tiga biji tapi ada berpuluh juga..cuba bayangkan dengan brooommm...brommmnya...dengan manusia yang berpakaian hitam...berjaket hitam...leather..lelaki, prempuan etc..etc...memang meriah.
Ohhh ....rupanya ahli2 big bikers ada conference atau perjumpaan diSibu..mereka dari Semenajung, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia...yearly event untuk big bikers dan mereka stay di hotel yang sama. Ada yang datang dengan famili.
That evening masa kita pegi jalan-jalan di sekitar bandar tiba2 ternampak ramai orang yang berkerumun di sebuah padang ditenggah2 bandar Sibu...disitulah berkumpulnya motorsikal berkuasa besar ni...macam2 program yang diadakan disitu, stage show, stall yang menjual souvenirs atau accessories motorsikal and the music was blasting from the loud speaker..havoc giler!
Kalau orang yang meminati atau fanatik big bike..(teringat pada my nephew yang sangat meminati big bike ) berada disini seumpama di candy store...puas menjamu mata...bermacam2 big bike ada....kita yang tak tahu apa2 tentang machine ni pun kelabu mata tengok...kagum...semua best2..ada yang besar gedabak...agak2nya harga pun best juga ya!
Selepas puas pusing2 we walked back to our hotel...makan...mandi terus tidur...penatlah tu....dan kena conserve engery sebab esok ada six hours drive lagi sebelum home sweet home.
Next morning bangun awal sebab nak pegi market.. nak tengok2 kalau ada apa2 yang menarik. Oleh sebab hari tu hari minggu so ramailah penjaja yang bernaiga disitu....sayur kampung, sayur bandar, ayam, daging dan ikan semua ada. Tapi yang menarik perhatian ialah cara mereka menjual ayam...ayam hidup dibungkus dengan suratkabar lama...bersusun ayam tu tenggah menunggu customer. Kalau back home kita lebih suka beli ayam yang telah sedia disembelih, dibersihkan dan dipotong...tak kuasa nak mencabut bulu ayam tu...ahakkk...
Masa tu musim dabai so memang berguni-guni dabai yang baru sampai...tapi harga takdalah murah sangat. Tahukan dabai memang favourite saya...so terbelilah beberapa kilo.
Masa kitorang check out dari hotel...hoiiii...meriah lagi bunyi brommm...brommm..sebab ahli big bikers ni pun hendak memulakan perjalanan balik ke negeri asal masing2.
Masa dalam perjalanan pulang ke Kuching adalah kita bypass bandar Sarikei, dan satu lagi pekan..dah tak ingat apa nama nya..pusing-pusing kat situ kejap ala2 sight seeing tapi tak singgah sebab malas nak keluar kereta ...cuaca panas. Tiba di Kuching dah lewet petang sebab kitaorang tak drive laju2.
Okey itu sajalah karangan tentang road trip to Miri...harap2 kalau ada rezeki nak juga pegi lagi..bukan rezeki duit tapi rezeki masa hb pegi outstation coincide dengan cuti sekolah dan budak2 takda program lain.
Seronok jalan2 satu famili...Memories are made of these...
very colourful...walaupun.. |
Ps: Actually I took quite a lot of photos tapi apabila search tak jumpa mungkin terdelete...huhuhu..
No comments:
Post a Comment