One Friday morning masa cuti sekolah bulan November lalu ...hb msg tapi tak berjawab, call pun tak berjawab....sebab masa tu I tengah berzumba dengan muzik yang boleh memecah gegendang telinga, mana nak dengar bunyi tepon. Bila balik rumah baru check hp...ishhhh....ada missed call & msg. Oh...rupa-rupanya hb nak tanya samada kitorang nak ikut dia pegi Miri...apalagi memanglah teruja sangat2 nak pegi jalan2...tak dapat pegi jauh, yang dekat pun kira okey juga dari tiada kan! Bila kita dah confirm baru dia suruh office buat booking hotel semua.
Ini pun keja last minute....esok nak berangkat malam ni baru berkemas segala. Biasanya kalau hb pegi dengan colleague, diaorang akan berangkat awal pagi hari minggu....so sampai Miri selepas 12 hrs on the road...tapi kali ini sebab kitorang ikut so terpaksa start one day earlier iaitu hari Sabtu... transit di Sibu semalam, next day baru teruskan perjalanan ke Miri. Taklah penat sangat.
Hari Sabtu tu kita start perjalanan kira2 pukul 11pagi ...kerana dah estimate sampai Sibu 6 hrs later. Budak dua ekok tu memang excited giler samalah dengan mak budak yang satu tu.
THROWBACK- 20 yrs ago pernah ke Limbang ikut jalan darat ..it took us 2 days to reach our destination sebab kitorang pun transit di Bintulu semalam. Masa tu pegi dengan my famili aka adik beradik, mak, auntie, anak buah dan ipar duai (hb not in the picture yet). Kita pegi dengan dua buah kereta. My bro-in-law orang Limbang so kitorang pegi pun suka2 saja. Memang seronok convoy ramai2 tak terasa penat. On the way to Limbang kita stop over di Brunei kejap....singgah di Jerudong Park ala-ala theme park diaorang....tapi sekarang Park tu dah arwah.
So back to the present... sampai di Sibu kira2 pukul 5 petang...terus check in di Kingswood Hotel...bestnya tempat ni kerana disebelah Sungai Rajang, the Mighty Rajang River.... sungai terpanjang di Malaysia. Dari tingkap bilik hotel boleh nampak boat2 express bersusun ditepi wharf...bus station dan market juga tak jauh dari situ. Malam tu sebelum dinner kitorang jalan2 di sekitar bandar Sibu, singgah sekejap di pasar malam..my son sempat terbeli jesey favourite dia...selepas penat berjalan barulah terasa lapar apalagi terus menuju ke cafe hotel untuk makan malam. Sambil menikmati makan malam ternampak ada 2 majlis perkawinan yang di adakan di dewan hotel berkenanan... memang meriah malam tu.
Next morning selepas breakfast semua, terus kitorang mulakan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Miri.
Perjalanan dari Sibu ke Bintulu memang seronok ..sebab di sepanjang jalan kita dapat melihat rumah panjang Iban...kiri kanan ada...memang panjang... ada yang lebih dari dua puluh pintu satu rumah. Hairankan!... saya yang asul usul dari Sarawak dan berketurunan Iban pun terpegun
*Ini lah akibat dilahirkan dibandar dan jarang sekali merantau ke luar daerah sendiri membuatkan seseorang tu ala2.... atau macam katak dibawah tempurung.
Saya cuba bayangkan mesti seronok tinggal di rumah panjang ni...sebab di kelilingi sanak saudara dan kaum kerabat sendiri
Tak terasa perjalanan yang jauh....sedar2 dah sampai di Bintulu. Masa tu dah tengahari so singgah untuk lunch.
Dari Bintulu ke Miri...sori to say memang bosan teramat dan terasa lama sangat perjalanan .....kenapa tak sampai2 lagi? Sebab sepanjang jalan hanya ada kelapa sawit... tak ada apa untuk menjamu mata...atau mungkin sebab dah tengahari, perut dah kenyang .. mata mula terasa berat.
Tapi ..no..no...no tidur for me bila hb driving long distant ...ialah co-pilot konon ..sebab terasa macam saya yang driving kerana terbiasa kalau driving mesti alert tengok kiri kanan sambil menekan brek...dan sebab utama takut hb terlelap.
Tiba di Miri kira2 pukul 5 petang...check in Mega Hotel.
Oklah...sampai sini dulu...kalau rajin akan ada sambungan...Tungguuuuu...
No comments:
Post a Comment