Tuesday, December 17, 2013

# HAPPY B'DAY MY LITTLE BABY (ehhh...dah bujang dah!..).

Hihihi...kek memang comot habis!!


17th December 2001, 12 years ago...1st day of Hari Raya ..kitorang hubby, myself and our little daughter seperti biasa pegi beraya di rumah kakak baby sitter ....masa tu saya memang dah sarat sangat2.. tunggu hari saja...walaupun doktor kata my Edd lagi dua minggu. Dengan hidangan penuh meja memanglah takleh control selera makan....melantak tak hingat dunia. Lepas makan kita balik tapi my daughter tinggal kat rumah kakak...dia memang selesa dengan keluarga ni siap panggil kakak yang jaga dia mak dan suami kakak tu bapak..dan abang2 dan kakak2 yang ramai tu.

Malam tu kira2 pukul 9 atau 10 ..masa tu dah nak masuk tidur...perut dah mula memulas...gosok minyak angin...pikirkan sebab siang tadi melantak seakan  so inilah akibatnya!...makin lama makin sakit ...semalaman tak dapat tidur...asal nak lelap ja terkejut...perut memulas (contraction)...sampailah the next morning....contractions makin kerap..so kira2 pukul 5 pagi ...memang dah tak tahan lagi...tapi tetap nak tunggu hari cerah sikit...kita ingat kalau pegi awal pun doktor tak da...so tunggu punya tunggu sampai pukul 6.30 pagi baru saya minta hubby hantar pegi klinik.

Walaupun jarak rumah dengan klinik tidaklah berapa jauh.. kalau bukan peak hours tak sampai 15 minit tapi saya yang rasa nak pitam menahan sakit....mendesak hubby agar memecut laju sikit....eiiii...lambat sangat....kenapa tak sampai2 lagi....waktu itu masih awal so tak banyak kereta...sampai dimuka pintu klinik memang rasa tak boleh berjalan...nasib ada nurse yang standby..diaoranglah yang tolong papah saya menaiki tangga ..sakit tak payah cakaplah...terus nurse tu periksa tapi dia kata belum lagi.. baru buka beberapa centimetre saja ...tunggu doktor...tak lama kemudian doktor datang periksa ...mereka terus tolak saya ke delivery room....doktor suruh tunggu lagi...laaa.... don't push yet...tapi masa tu doktor risau juga kerana tekanan darah dah mencanak naik....saya pun tak boleh control lagi rasa nak meneran...hubby kat sebelah pun panik tak tau nak buat apa....last2 doktor kata ok jangan control lagi boleh push....tapi masa tu walau macam mana saya cuba meneran tapi dah tak terdaya lagi...badan dah lemah....so doktor suruh hubby keluar dari bilik tu sebab its going to get messy...dia nak guna forcep. Reda je...asalkan dapat lepaskan diri dari kesakitan yang amat sangat.

Kira2 pukul 9.07am keluarlah buah hati mumi...berat 2.95 kg ....betapa leganya....tak ingat sakit lagi...masa tu hubby masuk balik.... saya tanya Boy or Girl? .. nurse yang tengah membersih baby tu tunjuk kat kitaorang tapi saya yang rabun asap dan tak pakai glasses tak berapa jelas ... barulah hubby begitahu..Boy...(kita ada scan sebelum ni tapi just nak kepastian saja) memang happy sangat2. Yalah, yang 1st dah girl...mestilah nak sangat sepasang..kan!

Saya dibenarkan keluar hari kedua tapi my baby terpaksa ditahan kerana terkena jaundice...lebih seminggu jugalah dia ditahan diklinik tu....

25th Dec 2001 Hari Krismas...kita tak ada sedia apa2, tapi ada juga saudara mara, kawan2 yang datang menjenguk....Hati memang sedih, sayu mengenang my baby yang masih diklinik. tapi doktor kata tak lama lagi boleh discharge sebab dah beransur pulih...

Dua tiga hari lepas Krismas barulah dia balik rumah.  That was our most memorable Krismas, walaupun tak sempat merayakannya tapi itulah Krismas present yang amat berharga buat kami sefamili...our Bundle of Joy.

Sekarang dah bujang dah....tiap kali membelek album ...rasa sungguh terharu melihat gambar2  mereka masa kecik ...comel sesangat  (in the eyes of the beholder ok!)....and I wish I can turn back the time....duhhhh...

Happy birthday my baby...mumi loves you very much. Mumi will always pray for your well being and your happiness..dan berdoa agar kamu menjadi orang yang berguna dikemudian hari. May the good Lord bless you and shower his blessings upon you. Amen.

Hari Raya 2003

Friday, December 13, 2013

# CHRISTMAS MOOD (Pt 1)......










Memang seronok window shopping sambil cuci mata kat KL sekarang...festive mood...tapi tak ingat dimana pics diatas tu di ambik...kitorang pegi 5, 6 buah shopping mall....sampai sana snap2 je ...dah tu apabila tengok balik gambar tak ingat mall mana satu ..semua decoration macam sama je....so senang cita tempek semua sekali .....dan antaranya ialah Midvalley, Gardens, Pavilion, 1Utama dan sekitar Bukit Bintang.

Meriah memang meriah....seperti kita kata tadi.. kitorang window shop yang lebih...dengan erti kata sebenar...look see look see....ada juga lah mencapai sehelai dua, seketul dua...tapi budget tetap budget jangan sampai terover sudah....kalau ikut hati memang nak rembat semua barang idaman kalbu tapi....haruslah berpijak di alam realiti....dan sedar diri.

Activiti kat sana...jalan2 sambil makan2...tu saja...tapi puas hati .... kepala kurang stress....happy dapat bersama famili.. tanpa our daily routine. Best kan!

Monday, November 25, 2013

# RITE OF PASSAGE...apa ke benda tu!!!



Hari Isnin lepas, walaupun dah cuti sekolah tapi terpaksa juga bangun awal ....siap sedia untuk meredah kesesakkan lalulintas....untuk apa! Hmmm..nak hantar my son pegi klinik Ibu Kota..untuk merasmikan yang dia akan menjadi anak teruna ...hihihi yelah tu... Faham tak?...yang selalu keluar tv atau suratkhabar..waktu cuti sekolah... budak2 yang kena sembur dengan air oleh bomba...macam gambar kat atas tu. Fahamkan!!!



Masa appointment pukul 8.30 pgi tapi kena tunggu sejam sebelum nama dipanggil. Oleh sebab daddy dia diluar kawasan terpaksalah kita yang penakut ni ikut temankan dia dalam bilik doktor ....semasa menunggu ubat bius tu meresap....dalam hati rasa nak cabut keluar dari bilik tu tapi apakan daya tak sampai hati juga apabila melihat wajah pucat anak mami itu...


Doktor  memang pandai distract budak2 ni dengan macam2 soalan sampai dia orang tak sedar operation minor tu dah selesai. Ada juga terdengar my son merengek kecil....makin nyilulah tulang som2 ku ini!

So dalam seminggu tu memang kita orang tak kemana-mana...takan nak tinggalkan budak tu seorang2 kat rumah...tapi weekend ada juga merayap gi Giant beli keperluan dapur.... Harap2  minggu depan dapat  balas dendam seminggu yang sangat boring itu....Shhhh...kitorang nak gi makan anginlah....tak jauh pun...masih dlm M'sia juga. Mood: excited...

Sunday, November 17, 2013

# HEADBAND FOR SALE....


Ni anak dara I punya hobi...lepas exam few weeks ago, dia kata nak buat headband untuk dijual...I tanya, sapa yang nak beli?...adalah...kawan2 dia. Ok..suka hati..dari buat kerja yang tak berfaedah...boleh juga dapat duit poket. So mumilah yang tolong keluarkan modal...takpa...budak dah minat!

Sebenarnya dah lama dia minat buat headband....tapi hanya untuk kegunaan sendiri...so kali ni terpaksalah kitaorang beli bahan banyak sikit. Lepas tu dia sibuk menyediakan stock, dengan inisiatif sendiri  dia belajar dari internet... ada jugalah mumi  tolong menolong apa yang patut. Mumi pun bukannya pandai sangat ...Well..we learn from trial and error.




Dia post kat facebook...adalah kawan2 dia yang order.... dia jual murah...ialah customer pun budak sekolah mana mereka mampu kalau mahal sangat...ada tu bayar instalment, ada yang minta discount....takpalah....kita faham. Dan satu kes pula sampai kini (dah cuti sekolah pun) belum habis bayer...nilah pahit manis yang terpaksa dilalui orang yang hendak berjinak2 berniaga tak kira business besar atau kecil...biar my daughter tahu bukan senang nak cari duit....bukan main tadah tangan saja.


Wednesday, October 16, 2013

Thursday, October 10, 2013

# PESTA PISANG...!!!



Hihihi....Pesta pisanglah sangat....setandan pisang ja....tapi untuk kami sefamili memang tak habis makan...sabab tu banyak by product dia. Ada juga bagi kat jiran sebelah rumah.... Pisang memang tak tahan lama....kulit pisang akan bertukar hitam dengan cepat walaupun isi nya masih boleh dimakan. So dalam seminggu tu terpaksalah buat macam2 kuih muih ataupun apa2 yang berasaskan pisang...tak larat dah nak makan pisang saja hari2...dan last sekali kopek kulit yang dah tak berapa lawa tu, isinya  masuk dalam tupperware lepas tu simpan dalam freezer...so bila nak guna, ambik keluar dan defroze kejap...lepas tu boleh diblender buat smoothies...memang laku sangat2...lagi2 tengah cuaca panas...Marvellous..

banana smoothies...


Pisang bakar ranggup walaupun tak berapa nak ranggup

popiah pisang sebelum digoreng...

setelah digoreng...

makan dengan ice-cream....


Lupa nak bagitahu.. pisang ni pisang embun...dari belakang rumah kitaorang...Hb yang tanam. Memang favourite saya. Tiap2 minggu pun saya mesti cari pisang ni dimarket...kalau ada pilihan memang saya akan pilih pisang embun...yang lain2 tu suka juga...macam pisang emas, pisang kelin..dan satu lagi...apakah nama nya...warna kuning bersih (pisang ada warna lain ke!!!) seakan akan pisang embun tapi takda bau...


Pisang ni banyak khasiat dengan vitamin, karbohydrate, mineral dan yang penting murah.....dan senang dimakan...hihihi...kopek kulit saja dah boleh ngap....tak macam dak nenas, apple, mango atau oren....ambik masa juga nak kupas...ini untuk olang2 yang ada penyakit  m.a.l.a.s. Dan my son memang suka makan pisang sebab ia lembut senang dikunyah.. (tu masa dia masih kecik lagi)....kalau bagi dia apple atau buah2 lain yang keras sikit memang dia tolak mentah2...itu dulu, kini dan .......???

Satu lagi kebaikan makan pisang ialah bagi mereka yang susah tidur malam, cuba try makan sebelum tidur...mungkin ada effect nya. Fakta ni saya ambik dari The Kitchen Table Book ....bukan saya tulis saja2...tapi kalau ikut logiknya...memang ia pun...kerana pisang sangat mengenyangkan..so kalau kenyang mestilah mata mula mengantuk.....kan...kan??

Kalau tak silap... rasanya saya ada buat kek pisang tapi tadi masa search gambar, tak jumpa pula..mungkin terlupa snap ataupun ada jari jemari yang terdelete...tak berapa nak ingat sebab ni cerita dua minggu yang lepas ..takpalah... semuanya dah selamat pun.

Thursday, September 26, 2013

# POPIAH SEAWEED & KEK LEMON...



Dua tiga hari yang lepas adalah mood rajin tu datang menjenguk, so that one afternoon kita bantai sekali buat dua project..iaitu buat kek dan snek. Yang kek tu first time cuba buat tapi yang popiah seaweed tu dah kali kedua.

Memang berbaloilah buat project ni sebab dalam masa dua hari saja dah licin....macam ni baru lah bersemangat, janganlah kita buat penat2 tapi tak laku mestilah rasa....grrrr.  Sebenarnya kulit popiah dan seaweed tu lama dah beli tapi ialah... tunggu mood R tu saja, nasib baik belum expired.

Samalah macam hari tu nak buat sio bee dan wanton, bila ambik kulit wanton dari peti ais.. haiiiyaaaa... dah expired rupanya...so terpaksalah tukar plan...buat soup bebola ayam kerana filling dah buat, takan  nak buang pula.... Membazir tu! Kulit wanton beli fresh dari  market sebab tu tak tahan lama kalau yang frozen lain lah.




Wednesday, September 25, 2013

#WORDLESS WEDNESDAY....



MUM'S 78th BIRTHDAY DINNER AT SARAWAK CLUB ON 3 SEPTEMBER 2013.

Monday, September 23, 2013

# (JJCM)-SUMMER MALL....

 h

Another family outing last weekend (16 Sep 2013)...our second trip to Summer Mall, Samarahan. The place was quite out of the way compared to other shopping malls in town ...at the outskirt ...more to sub-urban and from my place it took us about 20 mins drive. When we reached there, the parking lot was full.. so we had no choice but to park behind the mall at the open space. As expected the mall was very crowded cause it was a public holiday. Love the mall for its eating places eg: the cafes and restaurants... just pick anything that suits your budget....yum..yum.. Were we spoilt for choice!... but we ended up at the food court....It was not bad either...a lot of choices...Hb and me ordered the ayam penyet while the kids ordered ayam bakar and salad chicken....but was quite disappointed with the sambal cos it was made with dry chillies which was not well blended.

Once we had our filled....it was time to 'cuci mata' ...wanted to look for some blouses/shirts but I noticed that most of the stuff were 'sepesen'... fashion and quality wise... like it was mass or bulk production and quality was well...hmmm...errr.... So checked out....and last..last...we ended up at the supermarket.

On our way back, the kids 'merengek'  nak Tutti Frutti...knew it was e.x.p.e.n.s.i.v.e...but just can't say no to them...and for that price... lunch at KFC or Sugarbun for 4 pax...memang lepaslah! Grrrrrr.....


Saturday, September 21, 2013

# MALAM MINGGU DI WATERFRONT....

Last weekend, Saturday night, kitorang gi jalan2 di waterfront..so tangkaplah gambar2 kat atas tu... Plan nak pegi lagi the next night masa event kapal berhias, tapi hujan so malaslah nak bersesak2...lebih baik duduk depan tv...sebab ada siaran langsung dapat jugalah menonton walaupun bukan secara live. Last 2 photos diatas tu kita snap dari TV je.