Grilled chicken.. |
Salmon baked rice.. |
Hari pertama Raya macam biasa gi rumah kakak babysiter...pas tu pegi rumah kakak ipar dia, sebelah rumah aje dan juga rumah kakak dia kat depan. Memang kita kenal jiran2 kat sini kerana me dulu pun pernah tinggal kat kampung ni. Kita hanya sempat ziarah tiga buah rumah saja tapi kenyang sampai ke petang...walaupun menu dekat2 nak sama...tapi tetap berselera...balik pun ditapau bermacam juadah oleh kakak babysitter.
Budak2 tu siap minta package 3 days 2 nites kat hotel California katanya. Anak bongsu kakak tu awal2 dah pesan mesti stay lama sikit kerana mereka berdua dah lama tak berambeh kat situ dan yang seorang lagi kakak dia siap beli baju raya sehelai seorang...almost tiap2 tahun baju raya mereka bertukar..
Hari kedua Raya hanya kami berdua saja kat rumah so malamnya dinner kat Colugos Bistro & Grill...dah lama berhajat nak try tempat ni...so finally termakbul juga. Makanan Western dan Indo..suka ambience nya dan makanan pun okok...so bolehlah pakai tagline 'will be back'!