Monday, April 27, 2015

#MAKAN...MAKAN DAN MAKAN LAGI.....

Selalunya apabila kitorang  makan luar tangan ni gatal sangat nak men-snap gambar makanan...dah tu lupa nak upload sebab jarang update blog..dah tu bertimbunlah gambar ni dalam file..nak delete sayang pula so kali ni uploadlah sebanyak mungkin lepas ni boleh delete yang bertimbun tu.
Ada gambar ingat-ingat lupa di mana dan bila masa saya ambik....takpa sekadar jamu mata.....tapi kalau tengah lapar tu nasiblah telan air liuk jak deng!



Yang atas ni paling latest...di Ling Loong Seafood Taman Kereta. Sampai sana kira pukul 5.30 petang hari Ahad...tapi orang dah ramai menjamu selera...awal juga orang Kuching makan malam ya!





Lama tak makan di Sushi King sebab nak cuba tempat lain....dan yang atas tu Black Pepper Udon...sedap tapi ciput saja.








Yang atas ni di Sanga Japanese Restaurant, ini ada cerita sendiri...dah berapa kali singgah kat tempat ni tapi selalunya penuh....baru sampai muka pintu waitress dah tanya..'Any booking' tapi kami tak putus asa..ehh lupalah pertama kali kitorang makan disini hanya kita tiga beranak saja...balik dari ambik my son sekolah kita singgah sini...Hb masa tu outstation.
So we plan to bring him here...dua kali kena turn away..tapi masih bersemangat lagi nak cuba so kali ketiga baru dapat...masa tu dah agak lewet so ramai customer dah balik, baru ada meja kosong. Huhhhh...puas hati sebab makanan kat sini banyak choice.
We know the trick now...either we come early or a bit later to beat the crowd.

Suka sangat ke makan Japanese food?...Taklah suka melampau2 tapi sekali sekala..tukar selera ....ikut mood.



Makanan atas tu masa my hb's aunty dari Perak datang rumah...yang homemade hanya Spageti Bolognese, yang lain semua tapau punya.
Aunty dia ini dah lama merantau di Malaya adalah berpuluh tahun juga...jarang balik kampung dan dah lama tak jumpa sanak saudara...hari tu kira mini reunion cum gathering untuk mereka sebab adik beradik my hb dua orang pun ada masa tu selain daripada saudara dari Kuching dan dari Sarikei.
Makanan semua di sediakan last minute sebab asalnya kita plan nak bawa aunty ni dengan anak dia  makan kat luar tapi tiba2 dengar ramai yang nak datang so tukar plan, gathering kat rumah saja..




Yang ni pula our favourite stop over apabila balik dari sekolah...singgah makan ABC special, chicken wing dan udang,keledek dan tahu goreng. Makan  ini saja dah kenyang tak payah makan nasi.
Nama kedai nya Boon Khai terletak di Jalan Wan Alwi dekat Choice World.







Ini pula few weeks ago di tHe Spring...tak tahu nak makan apa, so my son suggest Kenny Rogers walaupun belum lama haritu dah makan kat sini tapi oleh sebab dia request turut ajalah .
Saya tak sedar yang dia order one set 1/2 roasted chicken...biasanya kita order yang 1/4 chicken tu pun dah more than enough. Patut lah apabila order sampai saya ehh..kenapa besar sangat ayam tu..dia kata dia lapar dan nak share dengan daddy..tapi tetap tak habis. Apabila bil datang terkejut tengok yang dia punya harga RM34...Mak aii...patutlah serving besar giler....kalau habis takpa ni membazir saja.
Anak bujang tu mata saja bernafsu besar tapi tangki perut kecik.






Ini kali kedua kitorang makan di BBQ Korean di Plaza Merdeka...Serving dia macam mewah juga.




Fish Frenzy Cafe, same area dengan Boon Khai...off Jalan Wan Alwi....makanan mostly fish base...soup, goreng dan ada juga side dishes yang lain.  Tapi signature dish diaorang ialah fish soup...serving memang generous boleh share satu mangkuk dua orang...setimpal dengan harga yang boleh tahan juga. Boleh makan dengan  mee kosong, meehoon, kueh tiaw  atau nasi . Hari tu kita pegi masa breakfast Sunday morning ...kenyang. Ni dah repeat visit...1st time kita makan sini I was quite sceptical..fish soup ja pun tapi surprisingly terus tersuka...balik rumah cuba masak sup ikan...haha...boleh lah.



Di Batu Lintang Seafood...gathering dengan my ex-colleagues from MAF Finance...finance ni dah lama berkubur ...tapi ex staff ada lagi yang keep in touch sesama sendiri. Lama tak makan di sini...kalau tak silap maybe the last time I was here was in the 90s...tapi tempat ni masih sama tak banyak berubah.


Di Tarot Cafe...makan saja takda apa cerita...



Teringin nak makan karipap sadin...nasib baik datang mood rajin ...so dapatlah sepinggan. Ada lagi leftover buat frozen, bila nak makan senang...goreng saja.
Saya pelik kenapa tiap kali buat rasa dia selalu berbeza2...tak maintain. Hahah...takda quality control langsung. Takpa sendiri makan.

Saturday, April 18, 2015

# MY NEW SKECHERS..



Kasut saja bah...but its a motivation for me to continue my exercise...ialah kalau ada apa2 yang baru mesti excited giler nak pakai..kan.!!! hahaha..mengalahkan budak2 Ribena...

Memang dah lama berhasrat nak beli baru....hari tu masa ada sale di Lea Centre dah plan nak angkat satu tapi tahu lah clearance sale ni mereka nak clearkan stock lama so bila tengok stock tu tak bekenan langsung walaupun harga runtuh!  Biasalah yang kita suka harganya mesti tiptop.

Tiba2  hari tu masa window shopping ternampak  kasut ni...tapi hati tetap berbelah bagi..to buy or not to buy...sebab harga memang boleh tahan punya.
Nasib baik sales girls tak mengekor bontot...so rasa selesa lah nak cuba sesuka hati...banyak juga saya cuba..jeling-jeling takut mereka memerhati....ada dua tiga pasang yang berkenan sangat2 tapi terpaksa pilih satu..takan nak angkut semua ..walaupun keinginan tu ada (hellooo..besar nafsu nak angkut semua.) so untuk memudahkan diri sendiri, pilih favourite colour..yesss.. purple...kasut lama pun purple..so leh narrow down pilihan...aduiii...cerewetnya makcik ni!
Lama kitorang kat kedai tu sampai my doter dah membebel...so ambik je lah yang tu.

Puas hati tak??...bolehlah, agak selesa dipakai...tapi dua tiga hari ni semasa berzumba, tapak kaki kanan  terasa dicucuk-cucuk apabila melompat-lompat... mungkin kaki belum dapat menyesuaikan diri dengan teman baru ni...masih dalam tempuh suai kenal...kena  sabar je lah. Harap2 sakitnya tidak melarat.

Wahhh...minggu ni nampaknya ada orang bersemangatlah turun exercise...!

All in d family..... cer teka siapa punya size paling kecik!!


Monday, April 13, 2015

# BINTULU : PART 3


Final episod ...Our last few days in Bintulu...kita summarize kan saja...tak payah banyak sambungan. Dah lama sangat...dah tak berapa nak ingat in detail apa yang kita buat masa tu.

Tengok gambar kat bawah tu  dah tahu ia zoo ...kawasan besar tapi haiwan atau  burung2 tak berapa nak ada sebab itu ia dipanggil mini zoo (tak boleh nak disamakan dengan Zoo Negara). Tapi apabila berjalan dikawasan zoo ni boleh tahan penat nya...berbukit bukau...semput nafas turun naik bukit dah lah panas terik....kaki tangan dah macam zebra crossing.
My favourite is Burung Tiong (*Edit: tadi masa main balik video ternampak nama burung ni Tiong Emas)..yang pandai bercakap atau tiru percakapan orang tu !..masa kitorang singgah depan sangkar dia, pandai dia menegur...HELLOOO...WEWIIIIIT...
mula2 kita terkejut, macam tak pecaya itu suara burung dahlah garau !.. so kitorang cuba tanya dia sesuatu, tapi dia tak faham pula...mengilai dia ketawa..Lupa ambik gambar tapi ada divideokan dengan hp.  Sangat terhibur melihat peragai burung seekor ni, friendly ia amat.  Dari jauh budak2 tu buat bunyi wewiiit...dia boleh jawab balik wewiiit. Cute sangat-sangat. 
Di sebelah atas bukit ada Taman bunga dan rama2. ..tapi  tak sempat singgah di rumah rama2 sebab dah tutup ... masa tu dah lepas office hours. 
Sebenarnya saya dah malas nak  menaiki bukit yang menuju ke taman bunga dan taman rama2 ... tapi dek kerana yang lain tu masih bersemangat lagi so  terpaksalah ikut. 






yang ni semua kenal..burung kenyalang






tengok tu berapa jauhnya saya ketinggalan...




Balik dari zoo...badan dah terasa melikit-likit... dan tekak pula terasa kering ...so singgah minum ABC special di Tanjung Batu Beach...tak jauh...seberang jalan saja tapi oleh kerana kitorang drive so terpaksa pusing satu roundabout.
Lepak sana kejap pastu jalan lagi di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam, dah nak senja baru reti nak balik hotel.
Tapi bila sampai hotel terasa boringlah pula....so kita jalan lagi ke pasar malam/tempat expo....terbeli 3 helai kain sarong...sarong biasa...tapi berguna sangat2...masa travelling boleh diguna untuk melapik tilam atau bantal, boleh dijadikan selimut atau kain mandi....kan! 

Friday, last nite kat sana kitorang singgah  di shopping mall....pusing2 kat situ...takda apa nak beli.
Balik hotel start packing....takut kalau last minute ada aja barang yang tertinggal.

Saturday morning...lepas breakfast..sebelum pukul 8 pagi kita dah berangkat dari Bintulu...nasib cuaca terang..so perjalanan lancar...and with God's grace ...9 hours later sampailah kita diKuching dengan selamatnya.

 Finally, the end dah episod Bintulu ni...my conclusion ialah saya suka tempat ni....macam tenang jak...dekat pula dengan nature...pantai tak jauh dari bandar...housing pun nampak tersusun sangat..patutlah ramai yang berkerja diBintulu terus bermastautin di sana...beli rumah dan berank pinak disana..  Best sangat.






Gambar diatas tu diambik  waktu pagi masa budak dua ekok ni tak nak keluar jalan2 so bersidailah di tepi kolam renang sambil meratapi nasib sebab tak bawa baju mandi...