Tuesday, September 20, 2016

#BALI - PART 4

Day 4

Last day in Bali...Free and Easy....Hari ni bangun tak gopoh2 sebab tak ada programme tertentu.
Lepas breakfast masyuarat kejap dengan ahli2 jemah bilik...'apa nak buat hari ni'...'nak gi mana'...'rupiah berapa lagi tinggal.'  Tiba2 teringat BFF pernah pesan mesti try Bebek Tepi  Sawah (BTS) tu nama restoran nya..mesti try bebek speciality dia (bebek tu itik atau duck ya!). Kata nya lagi tempat tu tak jauh dari hotel (siap watsap gambar restoran)  tapi harus guna teksi juga. Ok settle...hari ni kita adventurous sikit, nak explore konon :)  sebab takda driver nak hantar, semua buat sendiri.

Sebelum kita mulakan perjalanan singgah di mall sebelah cari Money Changers, sebab rupiah dah berkurangan. Ada satu counter saja kat sana so takda pilihan walaupun exchange rate dia tak berapa best. Kita tukar sikit dulu nanti kalau terjumpa tempat lain boleh tukar lagi.

Cari teksi dekat mall, memang ada yang standby kat situ...tanya berapa harga nak ke restoran di Kuta beach...so HB cubalah skill tawar menawar dia tapi driver tu bo layan tetap berkeras dengan harga yang dia letak....lantak jak lah malas nak cari teksi lain. Dia hantar kita terus ke restoran BTS. Tempat tu classy so setimpal jugalah dengan harga makanan dia. Tapi to my taste kan, biasa2 saja..yang kita makan di mall haritu pun more or less rasa tu juga.

Habis makan kita teruskan mission exploration tadi...berjalan sambil cuci mata di area Kuta. Berderet hotel dan mall di situ sebab dekat dengan beach.  Kita masuk satu mall yang bersebelahan dengan hotel, jalan kebelakang sikit, keluar terus nampak tepi pantai. Sepatutnya kita book hotel kat sini tapi yalah masa tu kita bukannya biasa dengan Bali lagi.



Apa yang kita order di BTS


Dah puas pusing2 kat situ keluar masuk mall, kita nak cari jalan balik ke hotel pula tapi tak berapa pasti  jalan mana yang menuju ke sana. HB kata tak payah guna teksi...kita cuba jalan kaki saja..mungkin tak berapa jauh, Bali bukannya besar mana pun! Yalah tu...tak berapa jauh...sekali selepas berjalan berbatu-batu kita  rasa.. Ehhhhh....betul ka jalan ni..macam takda penghujung pula! Adalah bertanya di sepanjang jalan....ada orang tu tak berapa pasti dimana hotel yang kita maksudkan, tapi ada juga yang beri direction tapi macam bebek dengan ayam pula..tak berapa faham.  So jalan jaklah sampai 1 hour later...baru ternampak landmark yang kita cari...Gallaria Mall bersebelahan  dengan hotel....Huhuhuhu...Rasa nak nagis pun ada sebab penat sesangat.. dah tak larat nak melangkah lagi...Lap peluh yang berjujuran sambil menghembus napas lega.

Sepanjang jalan yang kita lalui tadi adalah deretan kedai  so sambil  menapak tu dapatlah cuci mata.  Dan di sini kita nampak banyak counter Money Changers dengan rate yang jauh lebih attractive dari yang kita dapat pagi tadi. Kita tukarlah lagi.







Masa kita masuk kawasan Gallaria Mall ni nampak a bus load of Japanese tourist yang nak bershopping. Same mall  tapi yang ni dibelakang building yang kita selalu pegi tu...sebelum ni tak pernah perasan ada building satu lagi sebab jauh sikit dari main building dia.  Rupa2nya di mall ni mereka bertransaksi  dalam matawang USD...dan semua butik yang branded punya. Mungkin dia cater khas untuk foreigners yang poket tebal. Eksklusif  gitu. Tapi masa tu kita tak singgah sebab dah penat sangat ...all we wanna do then was to reach our room and pengsannn.





Last meal di Gallaria Mall sebelum pergi airport..




Fuhhh...Finally... tu sajalah alkisah kita di Bali. Next day dah berangkat pulang ke KL. Stay over di KL 3 hari...sempat jugalah naik ke Genting Highland...tapi sana masih dalam construction dan outdoor theme part dia tutup..nasiblah kita day trip saja.

Metro 360 KL



Genting..




Tak payahlah cerita pasal Genting or KL...takda apa yang menarik.  Layan gambar kat atas tu jak aekk...
Sekian. Terima Kasih. :)

THE END.


Friday, July 22, 2016

# BALI....PART 3

Day 3

Bangun pagi...Yeayyyy...rasa segar ...kepala no more berdenyut2 or mual2.  Happy sangat2.
Breakfast dalam bilik jak...makan apa yang ada...stock yang kita beli semalam masih ada lagi..teh dan kopi instant memang disediakan....budak2 beli minuman dalam paket kesukaan sendiri.

Tepat pukul sembilan driver dah called (punctual betul dia ni!!) tapi  kita memang dah standby pun...
Dia suggest kita pegi Garuda Wisnu Kencana Cultural Park (GWK), lebih kurang concept Cultural Village di Bumi Kenyalang..sama tapi tak serupa. Adalah spend dua tiga jam kat sana.

Along the way to the GWK Cultural Park..


Main Entrance..


Masa kami sampai di Amphitheater, acara pentas baru nak bermula tapi belum ramai penonton so kitorang cepat2 cari tempat duduk yang strategic. Pertunjukan tarian tradisional lebih kurang 40 minit...habis show tu kitorang sambung lagi jalan2 di sekeliling GWK sementara menunggu pertunjukan seterusnya.




Scenery di GWK..dari atas tu nampak air laut yang biru & sangat menakjukan..






  
Nampak tak kain kuning yang di ikat di pinggang tu!.. masa tu  kitorang masuk kawasan temple yang diaorang anggap suci.
Hehehe.... lucunya hb yang pakai bermuda short diberi kain warna coklat lebih besar dari yang kuning ..ikat di pinggang juga tapi labuh sampai ke kaki untuk menutup aurat (kaki dia yang sexy :))










 Pantai Perwada....apalagi menjamu mata dengan pantai jak lah, dah nama nya Bali.

Di sini memang seksa juga berjalan sebab kereta kita parking nun jauh atas bukit...imagine ko..dari atas tu  menapak sampai  ke pantai...panas terik..termengah2 kita ..not pleasant ok... tapi nak buat macamana???...teruskan saja..sambil menjujung payung!!

Sampai kat bawah tu nampak ada pula tempat parking kereta. Geramss...driver tu memang sengaja nak suruh kita cepat penat supaya cepat balik. Choii sangat!

Apabila nampak beach umbrella kat tepi2 tu berebut2 kita nak duduk ...tiba2 datang pakcik tu tanya: "Nak sewa Pak?"  Oppps...tak boleh duduk sebarangan ya!  Takpa lah kita teruskan perjalanan.

Puas meronda tu singgah kat warung nak makan tapi tak tau nak makan apa...tambah lagi dengan set2 rakyat yang cerewet makan ni...last2 kitorang order Mee Sedap ngan telur..(yeappp.. mee instant tu..) tak sedap pun!..tapi licin juga kita belasah..lapar Pok! Mee Sedap tu kan keluaran mereka..so tak hairanlah melonggok kat sana.






Yang 4 atas tu, Dreamland New Kuta beach ... jauh dari main road tapi ada disediakan bas untuk mengangkut pelancong ...bas trip tu dalam 10-15 minit baru sampai beach.
Kalau nak duduk dalam cafe kenalah order makanan atau minuman baru boleh masuk situ atau alternative lain sewa saja beach umbrella.
Dek kerana  takda shade lain tempat berlindung.. penat, hauss dahaga jangan tanyalah, terpaksalah juga berteduh dalam cafe tu.  Duduklah dalam tu sambil makan ice cream dan minum.

Yang dua lagi tu tak ingat nama, pantai dia tak berapa besar... kejap je kitorang round than terus chow.
Pandangan tak berapa elok sebab ramai sotong dan ikan masin yang berjemur disini dan disebabkan beach kecik so nampak padat sangat..




On the way back to hotel kita melintasi Jambatan Toll...memang panjang duhh...masa tu boleh nampak sunset...cantik banget...
Kita sampai hotel lebih kurang pukul 6 petang...kurang sejam dari 10 jam yang dijanjikan tapi kita yang surrender ...tak larat  lagi...penat & letih to the max dan  kaki pula dah bengkak semacam. Hahaha...macam2 complainlah makcik ni!!


Selepas mandi dan rehet kejap, terus bersemengat dan terasa segar balik ..  malam tu boleh lagi merayap ke mall sebelah...cari makan dan cuci mata wajib weyyy.!

 Makanan semua sedap2  tapi harga lebih kurang harga di tempat sendiri.  Walaupun mata wang mereka rendah tapi kalau convert to RM masih mahal juga. Mungkin sebab disini tourist destination ramai pelancong dari luar negeri so living standard juga tinggi..

Most of the time kami makan di cafe atau restaurant (bukan berlagak ok..tapi cautious) sebab family tak berasa selesa makan di warung, risau  makanan disini tak berapa ngam dengan perut kita so just play safe walaupun mahal sedikit.


Itu saja untuk hari ke tiga...last day kita sambung lain hari.