Bangun pagi...Yeayyyy...rasa segar ...kepala no more berdenyut2 or mual2. Happy sangat2.
Breakfast dalam bilik jak...makan apa yang ada...stock yang kita beli semalam masih ada lagi..teh dan kopi instant memang disediakan....budak2 beli minuman dalam paket kesukaan sendiri.
Tepat pukul sembilan driver dah called (punctual betul dia ni!!) tapi kita memang dah standby pun...
Dia suggest kita pegi Garuda Wisnu Kencana Cultural Park (GWK), lebih kurang concept Cultural Village di Bumi Kenyalang..sama tapi tak serupa. Adalah spend dua tiga jam kat sana.
Along the way to the GWK Cultural Park.. |
Main Entrance.. |
Masa kami sampai di Amphitheater, acara pentas baru nak bermula tapi belum ramai penonton so kitorang cepat2 cari tempat duduk yang strategic. Pertunjukan tarian tradisional lebih kurang 40 minit...habis show tu kitorang sambung lagi jalan2 di sekeliling GWK sementara menunggu pertunjukan seterusnya.
Scenery di GWK..dari atas tu nampak air laut yang biru & sangat menakjukan.. |
Hehehe.... lucunya hb yang pakai bermuda short diberi kain warna coklat lebih besar dari yang kuning ..ikat di pinggang juga tapi labuh sampai ke kaki untuk menutup aurat (kaki dia yang sexy :))
Pantai Perwada....apalagi menjamu mata dengan pantai jak lah, dah nama nya Bali.
Di sini memang seksa juga berjalan sebab kereta kita parking nun jauh atas bukit...imagine ko..dari atas tu menapak sampai ke pantai...panas terik..termengah2 kita ..not pleasant ok... tapi nak buat macamana???...teruskan saja..sambil menjujung payung!!
Sampai kat bawah tu nampak ada pula tempat parking kereta. Geramss...driver tu memang sengaja nak suruh kita cepat penat supaya cepat balik. Choii sangat!
Apabila nampak beach umbrella kat tepi2 tu berebut2 kita nak duduk ...tiba2 datang pakcik tu tanya: "Nak sewa Pak?" Oppps...tak boleh duduk sebarangan ya! Takpa lah kita teruskan perjalanan.
Puas meronda tu singgah kat warung nak makan tapi tak tau nak makan apa...tambah lagi dengan set2 rakyat yang cerewet makan ni...last2 kitorang order Mee Sedap ngan telur..(yeappp.. mee instant tu..) tak sedap pun!..tapi licin juga kita belasah..lapar Pok! Mee Sedap tu kan keluaran mereka..so tak hairanlah melonggok kat sana.
Yang 4 atas tu, Dreamland New Kuta beach ... jauh dari main road tapi ada disediakan bas untuk mengangkut pelancong ...bas trip tu dalam 10-15 minit baru sampai beach.
Kalau nak duduk dalam cafe kenalah order makanan atau minuman baru boleh masuk situ atau alternative lain sewa saja beach umbrella.
Dek kerana takda shade lain tempat berlindung.. penat, hauss dahaga jangan tanyalah, terpaksalah juga berteduh dalam cafe tu. Duduklah dalam tu sambil makan ice cream dan minum.
Yang dua lagi tu tak ingat nama, pantai dia tak berapa besar... kejap je kitorang round than terus chow.
Pandangan tak berapa elok sebab ramai sotong dan ikan masin yang berjemur disini dan disebabkan beach kecik so nampak padat sangat..
On the way back to hotel kita melintasi Jambatan Toll...memang panjang duhh...masa tu boleh nampak sunset...cantik banget...
Kita sampai hotel lebih kurang pukul 6 petang...kurang sejam dari 10 jam yang dijanjikan tapi kita yang surrender ...tak larat lagi...penat & letih to the max dan kaki pula dah bengkak semacam. Hahaha...macam2 complainlah makcik ni!!
Makanan semua sedap2 tapi harga lebih kurang harga di tempat sendiri. Walaupun mata wang mereka rendah tapi kalau convert to RM masih mahal juga. Mungkin sebab disini tourist destination ramai pelancong dari luar negeri so living standard juga tinggi..
Most of the time kami makan di cafe atau restaurant (bukan berlagak ok..tapi cautious) sebab family tak berasa selesa makan di warung, risau makanan disini tak berapa ngam dengan perut kita so just play safe walaupun mahal sedikit.
Itu saja untuk hari ke tiga...last day kita sambung lain hari.