Takda resolution pape tahun ni....umur dah masuk senja tak payahlah berresolution bagai. Just live day to day..dapat bangun tiap2 pagi pun dah bersyukur.
Ada ke yang bertanya "masih berzumba ke Cik puan???"...hihihi...Masih dikkk....& going on strong.
Napa tak caya?? Okey, for those yang follow blog ni, ingat tak, saya pernah cerita masa saya mula2 join zumba iaitu hujung 2014..sekarang dah 2017...so kira dah 2 tahun lebih kan!.
Not bad.. 3 kali seminggu..consistence juga.. tapi itu kalau takda hal yang lebih penting..macam.travelling ke, appointment, demam atau papelah.
Hmmm....macam tipu jak...sebab last week hujan seminggu so seminggu jugalah ponteng... tapi rasa gelisah, bersalah tu tetap ada.
And same old story....berat badan tetap maintain, tak turun2 juga...habis macamna!!! Malas nak pikir...asal jangan tahap obes, okeylah tu!.
Memang lemak tepu dah beranak pinak tak dapat nak disingkirkan. Walaupun excercise berhempas pulas tapi makannya tak control nak cakap apa lagi...reda jaklah.
Bulan ni ada kelas baru dengan favorite Zin kita...dia lama tak ambik kelas kat studio ni, dulu2 ada...sekarang nak start balik. Aduuuiiii.....rasa nak pulun 5 kelas seminggu ni...tapi wallet tuuuu... nagis dia ....
Mungkin ada orang hairan...tak bosan ke hari2 Zumba? Tak dik...itu Happy Hour akak...yapp....macam orang yang pegi ngepub ada happy hour...tapi kita punya banyak manfaatnya dan bagus untuk kesihatan bukan merosakan macam yang satu tu.
Honestly Zumba ni bukan untuk semua orang sebab selalu lihat bila ada new comer, mereka hadir dua tiga sessi saja lepas tu tak nampak batang hidung lagi...dan ada juga yang datang sekali dan sekali tu sajalah.
My ex-colleague, dia pegi sebab kena paksa oleh kawan dia...lepas satu sessi tu dia kata tak nak datang lagi tobat dia, sebab tak dapat follow, walaupun kita cuba pujuk tapi mati2 dia taknak!
Semestinya ada juga yang die hard fan...sekali terjebak memang tak boleh lepas ..ketagih sesangat macam akak seorang ni.
Tarian Zumba ni pun terpulang juga dengan Zin yang mengajar ...ada yang intense maksudnya...habis kelas peluh berjujuran macam kena simbah air, baju lebur.....napas macam baru berlari 200 m...muka merah macam biji tomato.
Dan ada juga tarian Zumba yang tahap mild, yang habis kelas badan tak berpeluh, kalau pegi jogging boleh lari 3 round lagi. Yang mild ni recommended untuk yang baru nak berjinak2 dengan Zumba...senang sikit nak follow.
Akak (flip hair..kan akak dah tahap advance punya (; ) mestilah prefer yang ganas sikit...kalau peluh tak berjujuran memang tak puas.
Ada sekali tu seorang Zin tu kena sound oleh peserta suruh dia bagi tarian yang ada ummmmp sikit, tak mainlah yang mild2 tu....after that baru kelas dia ramai followers. Sebab tu boleh nampak mana kelas yang popular dan mana yang suam suam kuku.
Jangan salah sangka ya...bukan yang muda2 saja minat berzumba tapi akak2 yang sebaya kita pun ramai yang die hard fan. Don't judge a book by its cover. Akak2, makcik2 ni stamina diaorang huuuyuuu.....boleh tahan tau!! Boleh kalah yang muda belia.. (:
Sessi pagi ramai suri2 rumah sebab tu kitorang boleh click dan yang bestnya sangat happening u ..u..!
Memang enjoy sesangat...sebab tu dapat bertahan sekian lama.
Picca kat bawah tu masa celebrate Swak Day last year..combined kelas sessi pagi dan 2 sessi malam.