Sunday, March 26, 2017

# EDISI 'MEMBAKING':- GERMAN COOKIES...

Kali ni kita cerita pasal satu lagi my favourite topic....apalagi kalau bukan pasal makanan atau  membaking selain daripada zumba.. Macam tak tally kan? Mengisi dan membuang?!!  Ehhh...tiba2...lama tak guna perkataan tally tu...dolu2 masa kerja bank perkataan tally ni memang sentiasa di hujung mulut..apa taknya, duit dalam drawer kalau tak tally dengan figure dalam account...huhuhu...haru biru dibuatnya.  Seram kalau ingatkan waktu itu...Syukur sangat2 zaman tu telah lama berlalu.


Dulu2 tak berapa suka buat cookies/biskut kerana minat lebih kepada membuat kek...sebab kek sekali humban saja..selepas mixing semua ramuan/ingredients tu terus masuk oven atau kukus dan tunggu sejam dua dah masak dah, sementara tu boleh buat kerja lain...tapi cookies process lama sikit sebab selain mengentel, oven pula tak berapa besar so masuk tray satu-satu dan yang paling I benci cookies selalu hangus ataupun keras macam batu. Sebab bila pertama check warna masih pucat so tunggu punya tunggu last2 hangus. Itulah yang menbantut minat nak mengkukis tapi entah macamana ada sekali tu ternampak resipi German cookies di IG...hmmmm.. macam senang je...ingredients tak banyak dan tak payah guna mixer...ini lagi satu yang selalu buat kita malas...malas nak angkat mixer yang besar gedabak dari bilik store. Banyak kau punya malas makcik!!! Hihihi....

Cookies ni dah banyak kali  buat...sedap sesangat...melt in the mouth gitu. Kita selalu buat giant size punya, besar sikit dari yang biasa. Sendiri makan suka hatilah nak buat besar mana..dan recommended untuk snek.
Kalau 1 botol plastic yang besar tu tak sampai seminggu dan licin. Bila dah start menguyah memang susah nak stop..very da additive. Dan ini lah punya angkara timbang tak turun turun.. kan kita dah cakap hari tu!!!!

Okey, kalau ada siapa2 yang nak merasa kesedapan cookies ini,  kita share resipi disini. Akak caring uolls!!! So jangan malas2. Senang sesangat.

* kalau size cookies tu besar, baking time lama sikit ya dan gula saya kurangkan tapi kalau suka manis ikut saja resipi asal.



Sumber: ainazarina77

              GERMAN COOKIES
Bahan2
250 gm butter (suhu bilik)
80 gm gula aising
250 gm tepung kentang
180 gm tepung superfine/gandum
Gula berwarna atau manik gula untuk hiasan 

Caranya:
1. Ayak tepung kentang dan tepung superfine.
2. Pukul butter dan gula aising dengan senduk kayu hingga sebati..tak perlu mixer.
3. Masukkan tepung dan gaul adunan hingga sebati..adunan memang lembik tak perlu panik.
4. Tutup mangkuk dengan cling warp dan simpan sebentar dalam peti sejuk.
5. Keluarkan adunan dan bulat2kan sebesar guli..susun diatas dulang pembakar, ambil garpu yang bersih, celup dalam air kemudian tekan sedikit untuk corak.
6. Hias dengan manik gula. Bakar pada suhu 160C selama 18-20 minit.

Yang atas ni berhias dengan manik gula...


Ni pula walaupun tak berhias tapi tetap melt in the mouth ..tak caya!!.. cuba try buat.

Thursday, February 23, 2017

# JOM ZUMBA ....

Selamat Tahun Baru...walaupun dah masuk bulan February 2017....tapi takpa better late than tak wish langsung. So kira ini 1st blog for the year.  Memang dah malas bebenar nak update tapi nampak ada juga orang yang sudi singgah...sengaja singgah ataupun tersesat jalan terus tersadai kat rumah kita ni..!!Hihihi..

Takda resolution pape tahun ni....umur dah masuk senja tak payahlah berresolution bagai. Just live day to day..dapat bangun tiap2  pagi pun dah bersyukur.

Ada ke yang bertanya "masih berzumba ke Cik puan???"...hihihi...Masih dikkk....& going on strong.
Napa tak caya??  Okey, for those yang follow blog ni, ingat tak, saya pernah cerita masa saya mula2 join zumba iaitu hujung 2014..sekarang dah 2017...so kira dah 2 tahun lebih kan!.
Not bad.. 3 kali seminggu..consistence juga.. tapi  itu  kalau takda hal yang lebih penting..macam.travelling ke, appointment, demam atau papelah.

Hmmm....macam tipu jak...sebab last week hujan seminggu so seminggu jugalah ponteng... tapi rasa gelisah, bersalah tu tetap ada.

And same old story....berat badan tetap maintain, tak turun2 juga...habis macamna!!!  Malas nak pikir...asal jangan tahap obes, okeylah tu!.
Memang lemak tepu dah beranak pinak tak dapat nak disingkirkan. Walaupun excercise berhempas pulas tapi makannya tak control nak cakap apa lagi...reda jaklah.  

Bulan ni ada kelas baru dengan favorite Zin kita...dia lama tak ambik kelas kat studio ni, dulu2 ada...sekarang nak  start balik.  Aduuuiiii.....rasa nak pulun 5 kelas seminggu ni...tapi  wallet tuuuu... nagis dia ....

Mungkin ada orang hairan...tak bosan ke hari2 Zumba? Tak dik...itu Happy Hour akak...yapp....macam orang yang pegi ngepub ada happy hour...tapi kita punya banyak manfaatnya dan bagus untuk kesihatan bukan merosakan macam yang satu tu.

Honestly Zumba ni bukan untuk semua orang sebab selalu lihat bila ada new comer, mereka  hadir dua tiga  sessi saja lepas tu tak nampak batang hidung lagi...dan ada juga yang datang sekali dan sekali tu sajalah.
My ex-colleague, dia pegi  sebab kena paksa oleh kawan dia...lepas satu sessi tu dia kata tak nak datang lagi tobat dia, sebab tak dapat follow, walaupun kita cuba pujuk tapi mati2 dia taknak!

Semestinya ada juga yang die hard fan...sekali terjebak memang tak boleh lepas ..ketagih sesangat macam akak seorang ni.

Tarian Zumba ni pun terpulang juga dengan Zin yang mengajar ...ada yang intense maksudnya...habis kelas peluh berjujuran macam kena simbah air, baju lebur.....napas macam baru berlari  200 m...muka merah macam biji tomato.
Dan ada juga tarian Zumba yang tahap mild, yang habis kelas badan tak berpeluh, kalau pegi jogging boleh lari 3 round lagi. Yang mild ni recommended untuk yang baru nak berjinak2 dengan Zumba...senang sikit nak follow.

Akak  (flip hair..kan akak dah tahap advance punya (; ) mestilah prefer yang ganas sikit...kalau peluh tak berjujuran memang tak puas.

Ada sekali tu seorang Zin tu kena sound oleh peserta suruh dia bagi tarian yang ada ummmmp sikit,  tak mainlah yang mild2  tu....after that baru kelas dia ramai followers.  Sebab tu boleh nampak mana kelas yang popular dan mana yang suam suam kuku.

Jangan salah sangka ya...bukan yang muda2 saja minat berzumba  tapi akak2 yang sebaya kita pun ramai yang die hard fan. Don't judge a book by its cover.  Akak2, makcik2 ni stamina diaorang huuuyuuu.....boleh tahan tau!!  Boleh kalah yang muda belia..  (:

Sessi  pagi ramai suri2 rumah sebab tu kitorang boleh click dan yang bestnya sangat happening u ..u..!

Memang enjoy sesangat...sebab tu dapat bertahan sekian lama. 

Picca  kat bawah tu masa celebrate Swak Day last year..combined kelas sessi pagi dan 2 sessi malam. 






Tuesday, September 20, 2016

#BALI - PART 4

Day 4

Last day in Bali...Free and Easy....Hari ni bangun tak gopoh2 sebab tak ada programme tertentu.
Lepas breakfast masyuarat kejap dengan ahli2 jemah bilik...'apa nak buat hari ni'...'nak gi mana'...'rupiah berapa lagi tinggal.'  Tiba2 teringat BFF pernah pesan mesti try Bebek Tepi  Sawah (BTS) tu nama restoran nya..mesti try bebek speciality dia (bebek tu itik atau duck ya!). Kata nya lagi tempat tu tak jauh dari hotel (siap watsap gambar restoran)  tapi harus guna teksi juga. Ok settle...hari ni kita adventurous sikit, nak explore konon :)  sebab takda driver nak hantar, semua buat sendiri.

Sebelum kita mulakan perjalanan singgah di mall sebelah cari Money Changers, sebab rupiah dah berkurangan. Ada satu counter saja kat sana so takda pilihan walaupun exchange rate dia tak berapa best. Kita tukar sikit dulu nanti kalau terjumpa tempat lain boleh tukar lagi.

Cari teksi dekat mall, memang ada yang standby kat situ...tanya berapa harga nak ke restoran di Kuta beach...so HB cubalah skill tawar menawar dia tapi driver tu bo layan tetap berkeras dengan harga yang dia letak....lantak jak lah malas nak cari teksi lain. Dia hantar kita terus ke restoran BTS. Tempat tu classy so setimpal jugalah dengan harga makanan dia. Tapi to my taste kan, biasa2 saja..yang kita makan di mall haritu pun more or less rasa tu juga.

Habis makan kita teruskan mission exploration tadi...berjalan sambil cuci mata di area Kuta. Berderet hotel dan mall di situ sebab dekat dengan beach.  Kita masuk satu mall yang bersebelahan dengan hotel, jalan kebelakang sikit, keluar terus nampak tepi pantai. Sepatutnya kita book hotel kat sini tapi yalah masa tu kita bukannya biasa dengan Bali lagi.



Apa yang kita order di BTS


Dah puas pusing2 kat situ keluar masuk mall, kita nak cari jalan balik ke hotel pula tapi tak berapa pasti  jalan mana yang menuju ke sana. HB kata tak payah guna teksi...kita cuba jalan kaki saja..mungkin tak berapa jauh, Bali bukannya besar mana pun! Yalah tu...tak berapa jauh...sekali selepas berjalan berbatu-batu kita  rasa.. Ehhhhh....betul ka jalan ni..macam takda penghujung pula! Adalah bertanya di sepanjang jalan....ada orang tu tak berapa pasti dimana hotel yang kita maksudkan, tapi ada juga yang beri direction tapi macam bebek dengan ayam pula..tak berapa faham.  So jalan jaklah sampai 1 hour later...baru ternampak landmark yang kita cari...Gallaria Mall bersebelahan  dengan hotel....Huhuhuhu...Rasa nak nagis pun ada sebab penat sesangat.. dah tak larat nak melangkah lagi...Lap peluh yang berjujuran sambil menghembus napas lega.

Sepanjang jalan yang kita lalui tadi adalah deretan kedai  so sambil  menapak tu dapatlah cuci mata.  Dan di sini kita nampak banyak counter Money Changers dengan rate yang jauh lebih attractive dari yang kita dapat pagi tadi. Kita tukarlah lagi.







Masa kita masuk kawasan Gallaria Mall ni nampak a bus load of Japanese tourist yang nak bershopping. Same mall  tapi yang ni dibelakang building yang kita selalu pegi tu...sebelum ni tak pernah perasan ada building satu lagi sebab jauh sikit dari main building dia.  Rupa2nya di mall ni mereka bertransaksi  dalam matawang USD...dan semua butik yang branded punya. Mungkin dia cater khas untuk foreigners yang poket tebal. Eksklusif  gitu. Tapi masa tu kita tak singgah sebab dah penat sangat ...all we wanna do then was to reach our room and pengsannn.





Last meal di Gallaria Mall sebelum pergi airport..




Fuhhh...Finally... tu sajalah alkisah kita di Bali. Next day dah berangkat pulang ke KL. Stay over di KL 3 hari...sempat jugalah naik ke Genting Highland...tapi sana masih dalam construction dan outdoor theme part dia tutup..nasiblah kita day trip saja.

Metro 360 KL



Genting..




Tak payahlah cerita pasal Genting or KL...takda apa yang menarik.  Layan gambar kat atas tu jak aekk...
Sekian. Terima Kasih. :)

THE END.


Friday, July 22, 2016

# BALI....PART 3

Day 3

Bangun pagi...Yeayyyy...rasa segar ...kepala no more berdenyut2 or mual2.  Happy sangat2.
Breakfast dalam bilik jak...makan apa yang ada...stock yang kita beli semalam masih ada lagi..teh dan kopi instant memang disediakan....budak2 beli minuman dalam paket kesukaan sendiri.

Tepat pukul sembilan driver dah called (punctual betul dia ni!!) tapi  kita memang dah standby pun...
Dia suggest kita pegi Garuda Wisnu Kencana Cultural Park (GWK), lebih kurang concept Cultural Village di Bumi Kenyalang..sama tapi tak serupa. Adalah spend dua tiga jam kat sana.

Along the way to the GWK Cultural Park..


Main Entrance..


Masa kami sampai di Amphitheater, acara pentas baru nak bermula tapi belum ramai penonton so kitorang cepat2 cari tempat duduk yang strategic. Pertunjukan tarian tradisional lebih kurang 40 minit...habis show tu kitorang sambung lagi jalan2 di sekeliling GWK sementara menunggu pertunjukan seterusnya.




Scenery di GWK..dari atas tu nampak air laut yang biru & sangat menakjukan..






  
Nampak tak kain kuning yang di ikat di pinggang tu!.. masa tu  kitorang masuk kawasan temple yang diaorang anggap suci.
Hehehe.... lucunya hb yang pakai bermuda short diberi kain warna coklat lebih besar dari yang kuning ..ikat di pinggang juga tapi labuh sampai ke kaki untuk menutup aurat (kaki dia yang sexy :))










 Pantai Perwada....apalagi menjamu mata dengan pantai jak lah, dah nama nya Bali.

Di sini memang seksa juga berjalan sebab kereta kita parking nun jauh atas bukit...imagine ko..dari atas tu  menapak sampai  ke pantai...panas terik..termengah2 kita ..not pleasant ok... tapi nak buat macamana???...teruskan saja..sambil menjujung payung!!

Sampai kat bawah tu nampak ada pula tempat parking kereta. Geramss...driver tu memang sengaja nak suruh kita cepat penat supaya cepat balik. Choii sangat!

Apabila nampak beach umbrella kat tepi2 tu berebut2 kita nak duduk ...tiba2 datang pakcik tu tanya: "Nak sewa Pak?"  Oppps...tak boleh duduk sebarangan ya!  Takpa lah kita teruskan perjalanan.

Puas meronda tu singgah kat warung nak makan tapi tak tau nak makan apa...tambah lagi dengan set2 rakyat yang cerewet makan ni...last2 kitorang order Mee Sedap ngan telur..(yeappp.. mee instant tu..) tak sedap pun!..tapi licin juga kita belasah..lapar Pok! Mee Sedap tu kan keluaran mereka..so tak hairanlah melonggok kat sana.






Yang 4 atas tu, Dreamland New Kuta beach ... jauh dari main road tapi ada disediakan bas untuk mengangkut pelancong ...bas trip tu dalam 10-15 minit baru sampai beach.
Kalau nak duduk dalam cafe kenalah order makanan atau minuman baru boleh masuk situ atau alternative lain sewa saja beach umbrella.
Dek kerana  takda shade lain tempat berlindung.. penat, hauss dahaga jangan tanyalah, terpaksalah juga berteduh dalam cafe tu.  Duduklah dalam tu sambil makan ice cream dan minum.

Yang dua lagi tu tak ingat nama, pantai dia tak berapa besar... kejap je kitorang round than terus chow.
Pandangan tak berapa elok sebab ramai sotong dan ikan masin yang berjemur disini dan disebabkan beach kecik so nampak padat sangat..




On the way back to hotel kita melintasi Jambatan Toll...memang panjang duhh...masa tu boleh nampak sunset...cantik banget...
Kita sampai hotel lebih kurang pukul 6 petang...kurang sejam dari 10 jam yang dijanjikan tapi kita yang surrender ...tak larat  lagi...penat & letih to the max dan  kaki pula dah bengkak semacam. Hahaha...macam2 complainlah makcik ni!!


Selepas mandi dan rehet kejap, terus bersemengat dan terasa segar balik ..  malam tu boleh lagi merayap ke mall sebelah...cari makan dan cuci mata wajib weyyy.!

 Makanan semua sedap2  tapi harga lebih kurang harga di tempat sendiri.  Walaupun mata wang mereka rendah tapi kalau convert to RM masih mahal juga. Mungkin sebab disini tourist destination ramai pelancong dari luar negeri so living standard juga tinggi..

Most of the time kami makan di cafe atau restaurant (bukan berlagak ok..tapi cautious) sebab family tak berasa selesa makan di warung, risau  makanan disini tak berapa ngam dengan perut kita so just play safe walaupun mahal sedikit.


Itu saja untuk hari ke tiga...last day kita sambung lain hari.