Ya ke? Kalau tak betul tak kan keluar statistics ini diRD kan? Perkara ni janganlah kita ambil remeh, kerana walaupun nampak macam kecik aja tapi impaknya besar. Adat sopan santun,budi perkerti sepatutnya bermula dari rumah. Bermula masa budak2 tu masih kecik lagi.Mulalah dengan isu yang kecik dulu, seperti mengajar anak2 ni untuk menghomarti orang yang lebih tua.
Dalam statistics RD tu ada dinyatakan orang M'sia kurang mengucapkan terima kasih. Mungkin mereka berasa janggal untuk mengucapkan nya kerana tak biasa. Macam keluarga kami, saya selalu mengajar anak2 untuk mengucapkan terima kasih,dan menghormati semua orang walaupun seorang pelayan kedai kopi atau sebagainya. So sebagai contoh apabila kita orang makan diluar tak kiralah direstoran, kafe, dikedai kopi ataupun warong, semasa pelayan menghantar makanan kat kita, kita seharusnya mengucapkan terima kasih. Cuba perhatikan reaksi sipelayan tu, semestinya dia akan senyum dan rasa dihargaii. Janganlah kita hanya melihat kesalahan orang sahaja, selepas tu memarahi ataupun menengking mereka. Kesian mereka, cuba kamu ditempat mereka, macam mana perasan kamu?
Contoh yang saya bagi kat sini hanya satu daripada cara kita mendidik generasi muda kita supaya mereka dapat menjadi generasi yang bersopan santun and mulia budi pekerti mereka. Banyak lagi contoh yang dapat kita pelajari tapi tak payahlah saya senaraikan disini. Kita semua manusia biasa ada kelemahan dan kekuatan sendiri, so terpulanglah apa cara kita hendak menangani isu ini.
Dan satu lagi, pleaselah janganlah menunding jari kepada mana-mana satu bangsa yang dianggap bersalah dalam hal ini. Cuba pakai otak fikiran dan lihat disekeliling kita adakah hanya sesuatu bangsa saja yang berkelakuan kurang sopan? Tidak bukan. So fikir-fikirkanlah!
Sekian.
No comments:
Post a Comment