Sambungan activiti cuti sekolah...Balik dari Damai selepas berkemas dan memasukkan semua pakaian yang kotor kedalam washing machine....rehat kejap... petangnya pegi playground, angan2 nak buang lemak sikit tetapi activiti malam menambah lemak pula ... hisssss....tak berbaloi langsung. Hubs ajak pegi Topspot Taman Kereta..my son dah pesan awal2 nak makan ketam..tapi tengah makan, merenggek kata sakit perut..(mungkin tadi perut dia kosong dah tu terus minum sun drop so meragamlah perut tu) apalagi kita oranglah yang terpaksa menghabiskan semua yang terhidang tu...tak makan sayang!!..hmmmm..there goes my diet! Diet ke???
Hari Khamis tak pegi mana2 kerana budak2 tu ada tuition..dan Friday ialah Good Friday...so awal2 lagi kita dah pegi Church...malam sebelumnya dah bagitahu pada diaorang yang esok (Friday).."we are going to have a late lunch."...diaorang angguk je..So balik dari church terus pegi beli bunga di Padungan, balik rumah kejap, tukar baju, ambik apa2 yang patut dan lepas tu bergegas pegi graveyard dekat Batu Kitang..pegi awal sikit takut kalau lambat matahari dah terpacak, seksa pula kena panahan matahari yang terik tu. Selalunya hanya saya dan hubs yang pergi, dulu2 budak2 kami tak bawa, semasa diaorang masih kecik kita antar rumah kakak (ex-babysitter) tapi bila dah besar sikit kita tinggal ja kat rumah sendirian. Tapi start last year kita bawa mereka sekali pegi graveyard..mereka dah besar panjang dah faham...ziarah kubur datuk, nenek dan moyang supaya mereka kenal asal keturunan mereka.
Lepas balik dari graveyard, mandi...dan lepas tu semua buat kerja masing2..tak ada pula yang merengek kelaparan..ok bagus! Tapi mummy ada pesan, sapa2 yang tak tahan lapar bolehlah makan selepas tengahari...tapi semua nampak steady je! Yup, their last meal was dinner the pervious night at about 8pm so we were like... 19 hrs without food!
So about 1pm dah start masak ....tengah sibuk didapur tu nampak hubs tergesa2 masuk cari entah apa...dia bagitahu yang kereta jiran sebelah telah "jump over the kerb"...tayar tersangkut ..nasib baik tak landing dalam longkang...Sister jiran kami tu masih P driver, kereta Myvi baru, automatic pula..lama juga diaorang cuba mengangkat kereta tu..last2 lepas juga. Masa tu dah time untuk makan tapi hubs masih kat rumah sebelah, kita dah lapar sangat, tak boleh tunggu lagi so makanlah dulu...dia balik nanti bolehlah join sekali.
Petang tu boring lagi, tak tahu nak buat apa so kita decide nak gi jalan2, my son pula sibuk nak beli skate board..kalau tak ditunaikan memang akan meragam sepanjang malam...so singgahlah kat Giant TJ, carilah yang murah..kerana bajet pun ciput, ni dia guna duit sendiri, so suka hati dialah, kalau ditegah panjang pula ceritanya nanti.
Lepas tu singgah di McD Airport...makan bubur je....desert my girl dan mummy makan ice cream. Yang seorang tu dah kenyang, dah dapat yang dihajati happy memajang.
No comments:
Post a Comment