This year kita orang bergawai didua tempat....di kampung my Hb as always...dan buat pertama kalinya... dirumah panjang my uncle sebelah my mom. Tapi tak tahu kenapa...tahun ni macam tak berapa seronok...
Semasa di kampung my Hb...sunyi sepi....adalah kita orang pegi "ngabang" rumah sepupu sepapat Hb...datuk, nenek,aunty, uncle yang boleh dikatakan setiap tahun tak pernah termissed. Tapi...macam tak berapa meriahlah tahun ni...Dengar2 cerita dari angin yang sepoi2 bahasa, ada politik dalaman...hah!...ambik ko...kampung2 pun ada masalah politik. Hmmmm...potong mood tul!
So hari kedua..selepas makan tengahari kita orang bertolak ke Betong...ni my mom yang beria-ia nak pegi, awal2 lagi dia dah sound....so kitaorang pun rela dalam paksa menurut perintah ...takut2 orang tua tu merajuk pula...dahlah abang2 dan kakak2 semua tak dapat pegi...ada alasan masing2 tapi last minute seorang abang tu pecut juga kesana dengan famili selepas menghadiri majilis perkawinan anak buah sebelah isteri dia.
Kali ni my Hb dirve slow2... first time pegi rumah panjang ni so tak berapa pasti jalan...tu yang terovershot..nasib baik line kat sana bagus so dapatlah contact my uncle suruh dia tunggu kat junction.
Kita sampai agak awal..program bermula lambat lagi so kita orang jalan-jalan dikawasan tu.
Best juga tempat ni...atas bukit dikelilingi hutan rimba tapi dari jalan raya dapat juga nampak sipi2 rumah ni. Panjangnya hanya tujuh pintu ja...more like a single stori terrace house except that ada ruai (veranda) yang membezakan ia dari rumah terrace biasa dibandar. Rumah panjang moden..siap ada aircon dan Astro. ..tapi yang tak bestnya..agak susah nak dapat air....kadang2 bila low pressure taupun masa kemarau air tak naik (air dari gunong) so terpaksalah siap sedia awal2, tadah air dengan tanki yang besar gedebak..gaint size kat belakang rumah. Design dalam rumah ni agak unik...ditengah2 antara living room dengan kitchen ada bathroom/wash area tetapi open tak ada bumbung ..kat sini juga tempat mereka menadah air hujan...but don't worry ada lagi 2 bilik mandi biasa yang berbumbung dan berpintu. Pada malam tu hujan lebat...sangatlah lucu bila melihat budak2 tu mandi air hujan..seakan2 mandi shower...saya merasa hairan juga...selalunya kalau kepala tekena air hujan...siaplah sakit kepala, silap2 haribulan boleh demam...tapi budak2 ni mandi air hujan!!!! hmmmm....Beats me!
Berkumpul sekeluarga merayakan Gawai ini adalah idea my uncle untuk family clan kami sahaja...so orang luar tak ada langsung, melainkan penghuni rumah panjang ni sendiri, hajat dia ialah supaya anak cucu yang tak pernah bergawai dirumah panjang akan dapat merasa suasana Gawai di rumah panjang. My uncle baru saja dilantik sebagai ketua rumah..Rumah panjang ni baru lagi, yang lama telah diroboh, yang tu memang rumah panjang asli. Dari apa yang saya dengar kebanyakan penghuni tidak tinggal di situ sepenuh masa....mereka hanya datang sekali sekala...Mereka ada rumah sendiri ditempat lain. Samalah macam my uncle, dia ada rumah di bandar Sri Aman so dia akan datang ke sini dihujung minggu ataupun masa cuti...macam holiday resort!... Hanya sebuah keluarga saja yang menetap disitu sepenuh masa. Mesti sunyi kan!
Next morning awal2 dah bangun...selepas light breakfast kita terus berangkat...singgah di Lachau kejap. Dan sampai di Kuching about 3 hours later...Wah!.. nak bad...kerana pada waktu pagi tak banyak kereta ..so bolehlah pecut..
Dua gambar kat atas tu diambil di-Lachau...Geram wei, tengok ngepan (baju) Iban tu...sempat juga beli baju burong (baju untuk lelaki) for my anak bujang dan perhiasan perempuan for my anak dara... belum complete lagi, tak mampu beli sekali gus...mahal.
Dan watermelon tu lagi mahal dari diKuching...1 kilo-Rm1.70, diKuching boleh dapat 2 atau 3 biji RM10. Yang saya beli RM6 lebih.....tak manis mana pun!
No comments:
Post a Comment