Friday, September 13, 2013

#MERDEKA....DAN KEK APPLE.

Merdeka...Freedom...apa tu!.Hari Merdeka kan dah lepas !!!...Hmmm..bukan tu lah....tapi diri ini, rasa lega sangat2...Yesterday, last day my son UPSR...selama ni mummy nya stress memanjang...hari ni baru rasa ringgan sikit kepala. Tau taulah budak2 mana nak duduk diam2 baca buku....kalau kita tak membebel...jangan haraplah dia nak pandai2 sendiri nak buat revision. Kena polish selalu kalau tak ia takkan berkilat dengan sendiri..tul tak??. Bukannya kita  suka2 nak pressure budak2 tu  tapi masyarakat sekeliling yang terlalu judgemental...mentality 'kiasu'..so kita pun terikut-ikut rentak mereka ... anak2 yang menjadi mangsa. Tapi sekarang dah lepas dah...I biarkan dia buat apa yang dia suka. Tak larat dah nak membebel....Terlepas dah satu bebanan. Nasib baiklah PMR telah dilupuskan tahun hadapan..kalau tak .... pengsan!!

Hari ni budak2 tak pegi sekolah....buat cuti sendiri....boleh? Actually mereka dah turun awal2 lagi tapi dekat round-about Jln Tabuan dan Jln Ban Hock dah jem dan road block sempena rehearsal perbarisan Hari Malaysia di Padang Merdeka so diaorang detour balik. Sib baik juga sebab kita pun malas nak meredah kesesakan jalanraya semasa nak ambik mereka balik seoklah nanti..Dengar khabar Bandar raya Kuching jem teruk pagi tadi....dah lah hujan.

So hari ni mood baik punya....so kita pun buat project membaking...lama dah beli buah apple tapi tak terbuat hingga lah ni. Recipi pun simple....anak dara kita tolong potong buah apple sementara kita sediakan yang lain, tak sampai sejam dah selesai keja dan kek pun dah masuk oven, hanya perlu tunggu cake masak saja. Sementara tu sempatlah berblog kejap...hehehe.

fresh  from the oven...

Cepat dan sedap....


No comments: