Cr to Borneo Post |
Logik ke kalau dalam seminggu ni hujan turun hari2... bukan hujan renyai2 tau... tapi hujan ribut, pokok2 tumbang sampai menghampap kereta dan rumah orang (tengok pic kat atas tu) ada sesetengah tempat tu banjir, tapi ironicnya semalam.. ari Khamis minggu yang sama... sehari suntuk takda air keluar dari paip kat rumah? Bengang tak? Tak ada pengumuman apa2 tiba2 bila buka paip air dah takda...
Nasib baik semua laundry dah siap, dua load lagi tu. Saya baru selesai mengemop ruang tamu dengan badan berpeluh2 ...so beranganlah nak mandi...tapi apabila buka paip setitik pun takda.
Rasa nak meraung tak?....ialah badan melekit-lekit memanglah tak selesa, mana tak hangin satu badan.
Dahlah tak tau sampai bila keadaan kering kontang tu.
Teringat pula malam nanti nak pegi gathering dengan my ex-colleagues...dah promise nak ambik my bff...aduhhh... macamana ni. Takpa.. kalau boleh cuci rambut kat salon ok juga...sambil dalam hati berdoa agar ada air kat sana sebab salon ni pun kat area kitorang...Sampai sana hampehh...situasi nya sama saja.
So nak tak nak terpaksa tepon my friend kata tak dapat pegi malam tu...macamna nak pegi dengan badan yang melekit2 dan berbau kambing gurun pula tu. Ehhh...tak kuasa aku nak bersosial dengan orang dalam keadaan macam tu.
Memang rasa bersalah dan down sangat..sebab she's my Bff ...datang dari jauh, nun dari Jakarta..bukan selalu dapat jumpa. Harap2 dia tak berkecil hati...dan harap juga dia ada masa nak jumpa di lain hari.
Hari tu memang tak tau nak buat apa..macam time stand still..walaupun sebenarnya banyak benda nak buat. Makan pun takda selera...macamana nak makan, masak pun tidak. So petang tu bila pegi ambik my son dari sekolah baru kami sefamili pegi dinner...tapi my hb dan daughter adalah cari makan sendiri tengahari tadi....hanya saya yang stress seorang2...semua kerja takleh buat...terukkan? Belum lagi kalau takda air sampai dua tiga bulan macam sesetengah negeri tu...ataupun air bercatu. Tapi mungkin kalau dah bulan2 situasi begitu lama2 kita akan terbiasa so bolehlah adjust sendiri.
Selepas dinner kitorang pegilah beli dua tiga botol air ...buat standby incase ...
Tapi apabila balik malam tu ....Yayyy..Yayyyy.....senangnya dalam hati~~ sebab air dah ada, entah pukul berapa ia kembali. Syukur sangat2..tulah selalu take things for granted kalau dah tak ada baru padan muka!
Sekarang bolehlah mandi puas2...sampai dua kali...sebelum tidur mandi lagi. Apalah!!
Hingga kini masih tak tau apa yang terjadi sebenarnya.....mungkin paip besar pecah ...ke apa? Hb ada tepon KWB dua tiga kali petang semalam tapi semua panggilan tak berjawab ...agaknya orang2 yang affected semua called sebab tu hotline dia jem/ butter. Siaplah korang kena maki hamun.
No comments:
Post a Comment