Friday, September 26, 2014

# AJAL MAUT TAK MENGENAL USIA...


Sabtu lepas, semasa sedang sibuk berkungfu di dapur, tiba2 tepon rumah berbunyi...hb jawab.  Dalam sibuk tu terdengar juga dua tiga patah yang dia cakap...dapat agak siapa yang menalipon...macam ada berita tak baik...kaki tangan dah mula mengeletar...hb panggil terus pass tpon kat saya.


Betul pun sangkaan saya...kakak J yang call...anak saudara suami dia meninggal.  Budak tu pelajar di sebuah kolej di KL. Hari tu dia dengan seorang kawan dalam pejalanan ke Perak ...dan on the way kereta mereka telah terbabas...self accident...Anak saudara tu meninggal ditempat kejadian dan kawan dia masuk ICU..serius juga.

So petangnya saya, hb dan my daughter pegi ke rumah diaorang...kita kenal famili ini...same kampung.
Dari cerita yang kita dengar, budak ni ada tepon mak dia bagitahu yang dia nak ke Perak bersama seorang kawan, mak dia melarang dia pegi....tapi dia berkeras juga nak ...so dua tiga jam lepas tu mak dia menerima panggilan yang menyatakan anak dia accident...mana tak diaorang terkejut. Kawan yang driving tu sempat tepon cousin budak tu yang berada di KL sebelum dia pengsan.

Sian sangat2 melihat makbapanya  ... .dahlah budak tu anak prempuan sulong...dua adik lelaki di bawah dia. Dia memang rajin tolong mak dia business...dan harapan mak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Kitorang memanglah terkejut..kalau orang yang dah berusia, dah tua ataupun sakit..taklah terkejut sangat. Ni tiba2 dapat berita yang tak disangka sangka...macam tak percaya je... pemergiannya terlalu awal.
Baru Raya tempoh hari kita jumpa dia...she's a very bubbly girl. Ingat my daughter pernah cerita semasa dia baru masuk Thn 1 di sekolah dan budak ni dah Thn 6 dia tolong beli kan anak saya makanan dari kantin...ialah my daughter masa tu kecik lagi..tak kuasa nak bertolak2 kat kantin.

Sekarang bukan yang tua saja yang pergi dulu tapi tak kira usia kalau masa dah sampai...

Takziah buat semua keluarga diaorang.

No comments: