Tuesday, January 1, 2013

# DI AMBANG 2013.....



Semalam kita orang pergi dinner kat Pizza Hut aje.  Kebetulan that evening hubby menerima free redemption vouchers dari Maybank, so dapatlah RM90. Rezeki lagi....tak payah pening-pening piker mana nak pegi ... so kita orang berkira nak pegi PH dekat Sarawak Plaza tapi tak dapat parking, semua penuh..last-last pegi PH kat Merdeka Plaza. Surprisingly orang tak berapa ramai kat sana, cari parking pun senang. Dan dinner kita orang cun-cun RM90.15 so hanya bayar .15c saja, best kan!!....dapat tapau 8 pcs honey chicken wings lagi, ni favourite my son. Yang peliknya kita orang tak order piza pun....yang diorder ialah...spageti, chicken chop dan honey chicken wings.

 Lepas tu biasalah, gi bakar lemak tu sikit...... jalan2 cuci mata, .....my son terbeli jaket, RM69.90! elehhhh.......kira RM70 sudah! Dia beli guna duit sendiri, tapi mummy advancekan dulu, sebab dia tak bawa  duit, dia janji akan bayar balik nanti.(semasa article ni ditulis dia dah settlekan tapi minta discount sikit... LOL).. Saya tak banyak membantah kerana dia pandai kumpul duit sendiri untuk membeli apa yang dihajatinya.

On the way back, jalan raya memang sesak, agaknya warga Kuching ramai yang keluar untuk menyambut Tahun Baru.  Balik rumah, ada yang melepak depan tv, dan ada yang menghadap lappy sementara menunggu count down. Sempat juga berchatting dengan bff  yang berada di Jakarta.

Pagi ni semua bangun lewet.....tapi takpa...esok dah start sekolah...makna 5.30 am dah bangun.
Dan bermulalah activiti  Tahun 2013.



No comments: