Thursday, January 17, 2013

#SAYA MEMOHON MAAF....

Hmmm...Satu lagi malapetaka yang menimpa diriku di tahun baru ini.....elehhh.....taklah dahsyat sangat....Ok, nak dijadikan cerita ....dua tiga hari lalu apabila saya hendak mengekses blog ni, tiba tiba keluar message menyatakan blog ni telah diblocked...terkejut beruk saya, cuba lagi dua tiga kali masih message yang sama keluar, mulalah hati berdebar debar..apa hal ni? Lepas tu godek punya godek, ikut instructions google....fuuuh...lepas juga. Bila saya fikirkan balik....patutlah hari sebelumnya pengunjung blog sampai seratus lebih..tak pernah terjadi pun sebelum ini..ialah blog pun picisan saja..tak popular mana pun...memang tak popular langsung!  Check punya check...barulah teringat...satu daripada gambar dalam blog saya pernah dicilok entah dari youtube ke apa, saya tak berapa pasti...kerana bukan sengaja... satu hari tu saya ternampak gambar ni yang telah didownload ...dan tanpa berfikir panjang saya pun terus mengunakan gambar tu untuk one of my article. Apabila ini terjadi saya pun cepat cepat mendelete gambar tu...padan muka...pandai takut...Harap harap tuan punya tidak mengambil apa apa tindakan terhadap saya.
HuHuHu.....

So kalaulah...tuan punya gambar tu ataupun sapa sapa yang berkenaan, ada membaca blog ini...(ada ke?) Saya memohan maaf kerana dengan tak sengaja telah mengunakan gambar anda.





No comments: