Dua tiga hari ni tekak rasa nak makan karipap. Dah beli hari tu, tapi tak puas makan. Tiga ketul RM1.- dahlah kecik inti pula sejemput...memang nak kaya cepatlah kakak ni! Buat sendiri lagi berbaloi..lagipun kalau yang beli tu kita tak tahu tahap kebersihannya, minyak untuk mengoreng tu entah berapa kali kena recycle...ialah takkan dia nak buang minyak yang sekuali penuh tu selapas sekali pakai je. Nak beli kuih muih diluar tu boleh tapi jangan selalu ya!
So yesterday saya merajinkan diri untuk membuat karipap ....Cari pakcik Google, selongkar beberapa food blog, nak cari resipi karipap...last2 tu jumpalah satu resipi ni, nampak senang, bahan2 semua dah ada iaitu margerin, minyak sayur, air dan tepung..Saya ikut cara membuat kulit karipap ja, yang intinya pula saya main hentam ja, apa yang ada dicabinet dapur seperti sardin tin, bawang besar, serbuk kari dan perisa..buat resipi sendiri...so jadilah Karipap Sardin.
End result ??.. Oklah...walaupun tak berapa nak molek tapi rasanya sedap juga...Dapat banyak kerana saya buat full recipi.....ada extra lagi untuk breakfast the next morning. Family suka?....hmmm.. kalau seseorang ngap sampai 3, 4 ketul sekali ...well ..action speaks for itself, kan?
Tapi saya belum rasa puas hati dengan kulit karipap yang saya buat kali ni...tak sama macam yang selalu dijual kat luar sana...nak cari resipi lain untuk di experimentasikan! Boleh gitu?!!
No comments:
Post a Comment