Wednesday, March 6, 2013

# JASA MU DIKENANG....

Semenjak peristiwa pencerobohan di Lahad Datu baru2 ni, memang hati rakyat Malaysia tidak tenteram, gundah gulana...mana tidaknya...selalu kita melihat dan mendengar saja dari berbagai macam media2 tentang peperangan dinegara lain, tak sangka kini ia belaku dibumi Malaysia yang aman damai. Sedih...takut...risau semua nya bercampur baur. Tak dapat dibayangkan macam mana perasaan penduduk di Lahad Datu, Semporna dan juga kawasan yang berdekatan, kita yang jauh beribu batu ni juga berasa seram dan takut..... berdoa dan ingatkan Tuhan sajalah yang dapat  memberi kita kekuatan dalaman.

Setiap masa akan ternanti2 berita dan perkembangan terkini...memang berdebar2...harap2 tak ada lagi wira2 kita yang gugur. Melihat keluarga yang kehilangan ayah, anak, suami, abang dan adik...sungguh menyayat hati...walaupun kita tidak mengenali mereka tapi kita faham perasaan mereka, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...duit ringgit tak akan membawa kembali mereka yang dikasihi walaupun dapat juga meringankan beban mereka. Anak2 akan kehilangan tempat bermanja dan isteri2 akan kehilangan dahan untuk berpaut, lebih2 lagi yang tidak berkerja dan anak ramai.

Kita yang menonton TV dan berinternet pun berasa sebak dan sayu apabila melihat keranda disambut oleh keluarga wira2 yang gugur dimedan perang ni..Yang mampu kita buat ialah mendoakan keluarga mereka tabah menepuh dugaan yang amat besar ini.

Kenapalah ada manusia yang berhati kering dan tamak, taksub dengan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kesusahan yang akan dihadapi oleh insan2 lain yang tidak bersalah. Walau apapun yang terjadi kita berserah kepada yang MAHA KUASA...hanya DIA sahaja yang dapat menyelesaikan semua kekusutan dan kemelut yang sedang melanda bumi Malaysia sekarang.

Takziah kepada keluarga arwah wira2 yang telah berbakti kepada nusa dan bangsa. Jasa mu sentiasa di kenang.


No comments: