Saturday, May 10, 2014

# HAPPY MOTHERS' DAY....


Happy Mothers' Day to all mothers out there.

Kitorang sambut mothers' day on Friday...my sis ajak weolls  for  lunch di Sarawak Club...only 8 of us...my two sistas with their hubbies, mother, aunty, myself and my daughter. Hb masih outstation and my son kelas petang.

So awal pagi, balik dari menghantar my daughter sekolah..I terus start project membaking..ingatkan nak bawa kek untuk dessert nanti...so masa I start tu dah nak pukul 7.30 pg...estimate boleh siap dalam pukul 10 ...oklah...cukup2 masa untuk kek sejuk. Tapi apabila jarum jam dah menujuk pukul 10  kek dalam oven masih nampak pucat...I dah gelabah ...selalunya kalau dah masak kek akan bertukar warna ke golden brown...kan!  ...tak puas hati so I tambah  lagi 10 min...temperature I naikan sampai 200 C...sementara menunggu....I terus mandi...berkemas kerana by 11 dah nak hantar my son sekolah. Lepas 10 min I tested the cake dengan mencucuk dengan lidi...nampak cam ok je. I buat dua kek sekali....satu nak bawak satu lagi tinggal kat rumah untuk famili...so yang satu untuk kitorang tu I potong sikit nak test semada dah masak ke belum. ...humm...dah masak tapi kat tengah tu masih basah sedikit tapi takpa....boleh makan.  Huuuhh...lega...terus masuk dalam kotak...(ehhh..bukan..letak kat luar kejap biar kek sejuk baru masuk dalam kotak) masih mode gelabah!

Sampai kat sekolah my son baru pukul 11.30 so terpaksa tunggu setengah jam lagi sebelum my daughter keluar..dahlah cuaca panas terik...memang  lecunlah baju walaupun duduk dalam kereta...habis luntur makeup sib baik kan tadi dah spray perfume kaw kaw... mungkin aircon kereta dah tak berapa nak sejuk...Hahh...mulalah tu nak minta duit!

Sis I call kata diaorang dah sampai Club ..... I pula masih terpacak kat situ menunggu...tapi dalam 10 min kitorang dah sampai ...dari Jln McDougall  ke Jln Budaya bukan jauh mana pun....walaupun terperangkap dalam jem kejap.  Mereka dah start makan kerana my bros-in-law dan seorang sis nak balik kerja lepas tu...so we all terus join sekali apalagi  makanan dah terhidang.  Kek yang I buat tu agak dry mungkin kerana terlalu lama dalam oven kot...tapi takpa its the thought that counts.



No comments: