Sunday, January 13, 2013

#ALAMAK MALUNYA!!...



Baru masuk minggu kedua bulan Januari 2013, dah macam macam peristiwa yang kurang menyenangkan belaku. Hari pertama minda dah bercelaru and hari ketiga pula diserang deman panas dan batuk yang masih tak kebah kebah. Saya kalau dah tekena batuk...memang mengambil masa lah nak pulih..paling kejap pun tiga empat minggu, tu bukan batuk yang light light tapi rasa nak tercabut anak tekak...mana taknya, makan tak leh nak control sebab tu ia datang waktu siang saja...malam diam pula dia..tambah-tambah apabila leher dan dada disapu minyak cap kapak nyenyaklah tidur.. sampai ke pagi tak sedar apa apa pun.

Lepas tu tiap tiap hari hujan memang sangat merimaskan apabila terpaksa menghantar and mengambil budak budak dari sekolah. Saya memang pantang kepala kena hujan mesti nak deman atau pening yang amat memeritkan.  Kain baju pula melongok, nak dimisin takut tak kering dan akan mengudang bau yang kurang enak pula.

Tak ada apa yang menaikan semangat sepanjang dua minggu ni, sebab tu terasa down memanjang.
Balik dari menghantar budak tu pergi tuisyen tadi saya singgah di favourite boutique saya, mulanya hanya hendak cuci mata saja tapi terbelilah pula dress...bolehlah pakai malam esok, ada dinner...anak ex-colleague. kawin.

Doaku hari yang mendatang akan lebih ceria and more blessed.

13 Jan 2013
 Peristiwa yang memalukan...

Semalam pergi wedding dinner anak ex-colleague. Nak dijadikan cerita, saya awal sampai so duduklah kat meja tu, bersama dua orang ex-colleague. Kerana masih awal lagi... saya toleh kiri kanan, ternampak dua tiga ex-colleague yang lain duduk dimeja sebelah. Dan seorang tu macam familiar bila tengok dari belakang, so kerana lama tak jumpa so kita pergilah meja sebelah dan dengan confidentnya menyapa cik adik ini, alangkah terkejutnya saya apabila dia menoleh, ternyata salah orang...salah orang beb!!...so cepat cepat minta maaf ..dan alangkah malunya muka ini...Grrrr.....apa nak buat dah terjadi pun...so moral of the story lain kali berwaspadalah supaya tidak termalu diri sendiri...atau jangan tegur kalau tak pasti..biar dikata kan sombong ...I repeat.. jangan memalukan diri sendiri.
What a way to start the New Year!

Pagi tadi kita anak beranak pergi survey Metrojaya yang baru dibuka di City1. Biasalah kuchingites tak sah kalau tak terjah mana-mana Mall yang baru dibuka. Okeylah...biasa-biasa aje..harga pun boleh tahan juga so kalau nak beli apa-apa tunggulah sales Tahun Baru Cina nanti..mesti adanya.


No comments: