Friday, February 22, 2013

# KARIPAP SARDIN....

Dua tiga hari ni tekak rasa nak makan karipap. Dah beli hari tu, tapi tak puas makan. Tiga ketul RM1.- dahlah kecik inti pula sejemput...memang nak kaya cepatlah kakak ni!  Buat sendiri lagi berbaloi..lagipun kalau yang beli tu kita tak tahu tahap kebersihannya, minyak untuk mengoreng tu entah berapa kali kena recycle...ialah takkan dia nak buang minyak yang sekuali penuh tu selapas sekali pakai je. Nak beli kuih muih diluar tu boleh tapi jangan selalu ya!

So yesterday saya merajinkan diri untuk membuat karipap ....Cari pakcik Google, selongkar beberapa food blog, nak cari resipi karipap...last2 tu jumpalah satu resipi ni, nampak senang, bahan2 semua dah ada iaitu margerin, minyak sayur, air dan tepung..Saya ikut cara membuat kulit karipap ja, yang intinya pula saya main hentam ja, apa yang ada dicabinet dapur seperti sardin tin, bawang besar, serbuk kari dan perisa..buat resipi sendiri...so jadilah Karipap Sardin.

End result ??.. Oklah...walaupun tak berapa nak molek tapi rasanya sedap juga...Dapat banyak  kerana saya buat full recipi.....ada extra lagi untuk breakfast the next morning.   Family suka?....hmmm.. kalau seseorang ngap sampai 3, 4 ketul sekali ...well ..action speaks for itself, kan?





Tapi saya belum rasa puas hati dengan kulit karipap yang saya buat kali ni...tak sama macam yang selalu dijual kat luar sana...nak cari resipi lain untuk di experimentasikan!  Boleh gitu?!!



Wednesday, February 20, 2013

# MAKAN LAGI...



This is the last makan event for last weekend...Sunday afternoon pegi my grandniece birthday. Ni pun kerana my two kids...invite anak, makpak pun kena pegi sekali. Yang ni untuk close family members dan kawan2 birthday girl saja...so makanan pun mengikut selara budak budak.
 
Grandniece kita ni (my bro cucu) umurnya beza tiga tahun je dari my son..so they really click well together. Masih ingat masa diaorang kecik2 dulu, kalau mereka main kejar2, si niece akan memekik2 : Uncle WKin, Uncle WKin....sambil berkejaran sekeliling rumah....sooo cutee...dan apabila mereka sleep over kat rumah nenek...boleh bersembang sampai larut malam,(ni nenek diaorang yang cakap) hehe...banyak sangat topik yang nak di bentangkan ( masa kecik2 dua ekor ni memang mulut murai...becoklah !)

Sekarang ni mereka dah jarang2 jumpa....tu pun kalau ada family gathering.




Tuesday, February 19, 2013

# Makan2 sambil lepak dirumah baru my sis...

Last Saturday my dearest sis invited us to her new home for a family gathering, actually sisters gathering aja..(yang lain ada hal sendiri)..with our spouses and kids of course. Masa CNY dia balik kampung to her in-laws so baru sekarang  ada masa nak inivite kita orang ke sana. Dia suruh datang kul 5 petang tapi oleh kerana my son ada Boys Brigade CNY gathering sampai pukul 5, so kita datang lambat sikit... sampai sana dah pukul  6 lebih...makanan pun dah tersedia so apalagi....tengah lapar ni..!

Budak dua ekor tu tak menyempat-nyempat makan kerana nak gi swimming...masa tu dah hampir pukul 7 malam walaupun cuaca masih terang menderang lagi....pool pun dah agak lengang...budak budak yang lain semua dah balik...so budak dua ekor tu lah yang conquered the swimming pool....uncle dia duduk kat tepi sambil memerhatikan mereka. Selepas berkemas dan membasuh pinggan mangkuk, kita orang (minus my sis yang jadi host) pun turun ke poolside...lepak kat sana sambil berchit-chating...walaupun susanna sudah gelap tapi adalah lampu kat situ. Takda nyamuk..sebab tempat well maintained.

Bestlah suasana kat area rumah my sis ni...macam holiday resort...ada swimming pool ..security pun terjamin sebab tempat exclusive.  Neighbours pun orang ada-ada...hmmmm...dapat menumpang sekali sekala cukuplah....nak angkut satu tak mampu...sedih!! Walaupun floor area tak berapa besar tapi untuk small family memang just nice...lagi lagi untuk orang yang tak berapa rajin nak berkemas ( iols lah tu!!)
Sebenarnya this is my sis second home, bro-in-law kata yang ni retirement home untuk mereka berdua....So sweeeet.....sekarang ni mereka berulang-alik antara rumah yang satu lagi tu.

Balik dari swimming, my son bantai lagi makan pulut bungkus yang my sis buat sendiri....she said its a speciality from Limbang, yang dia berlajar daripada  mother-in-law.


                                   Kenapa ehhh...air swimming pool dlm picca ni warna purple..??


                                  Left-overs lepas kita orang makan....meehoon goreng dah takda..



                                          Tangan sapalah tu....!!!

Sunday, February 17, 2013

#TERUKNYA CARI MAKAN MASA CNY....!

Last Friday nite rasa nak makan western food...so kita orang planned nak pergi Safari tapi too bad tutup...cuba lagi another cafe..same thing..masih CNY agaknya....sedar tak sedar kita dah on the road selama 1 jam...my son dah merengek kelaparan...pusing pusing kebanyakan cafe dan restaurant masih tutup. Tapi tadi on the way dekat Jalan Song junction ada ternampak satu cafe, Flinders dah opened for business, so kita orang pusing balik menuju ke cafe ni.

Flinders Station dah lama pun kat situ tapi tak pernah terfikir untuk singgah so kali ni kita cubalah..
Masa kami sampai jam dah dekat nak pukul 8.30pm so kita fikir, mesti lama nak tunggu order ni..tapi tak pa, alang alang dah lapar tunggu ja lah.

Nampak gaya its an Australian theme casual restaurant. Deco agak simple ala ala Australia outback..dua tingkat..so kita orang pegi tingkat atas, adalah kalau tak silap 5 meja ada cutomers. Tapi yang peliknya seorang saja waiter ...I think mat saleh (dengar slang dia) yang handle semua kerja kat situ..ambik order, antar makanan dan juga kemas meja...tapi nampak relax ja...Yang cashier pula anak one of my friend, dia kata dia kerja part time kat situ semasa semester break.

Surprisingly order cepat juga sampai, within 1/2 hr semua dah ada makanan depan mata... makanan pula,...I ordered Grilled Chicken ..for me okeylah not bad. My daughter punya Seafood Lingerine Marinara, rasa  agak bland..yalah western food mana ada yang masin sangat kan! My son pula ordered Buffalo wings...haha..dia pikir fried chicken biasa..tapi yang ni spicy, so dia makan 2 ketul aja yang lebihnya kita orang tolong makan. Hubby pula ordered Cansas Roasted Chicken more or less like grilled chicken juga. Harga makanan kat sini, kira okey jugalah. Kalau pegi seafood restaurant lagi mahal.

Since semua orang tak da bad experience kat sini so maybe there will be a second trip here...Maybe!

 
                                                    Sori..pic tak berapa nak clear!

                                             Grilled Chicken w Chips..

                                                    Seafood Lingerine Marinara

                                                       Buffalo wings

     Tak sempat nak ambik pic Cansas Roasted Chicken cos it was the last order to arrive so by then kita orang dah busy makan ...lapar sangat beb!                                     

Thursday, February 14, 2013

# THE V DAY.....



Dua tiga hari ni semasa melintasi jalan2 raya dibandaraya Kuching, antaranya di Jln Ban Hock dan Padungan, kita akan terpandang pondok-pondok kecil yang berderet menjual bunga2 dan teddy bear yang cute miut sempana Hari Valentine. Pondok pondok tahun ni lebih tersusun tak macam tahun2 yang sudah2, bersepah di merata tempat. Seronok tengok bunga-bunga yang bermacam warna tapi yang paling menarik perhatian ialah yang berwarna merah menyala.

Tiap kali Hari V pasti terkenang peristiwa lama (macam cerita rewind je?!!).dah berdekad pun...ialah masa  muda remaja....so adalah sekali tu menerima a bouquet of roses ...bukan sekuntum ok ..tapi sejambak bunga weiii!...warna peach..wowww...memang cantik tak terkata...tulah  pertama dan terakhir I menerima hadiah sedemkian rupa...sekarang ni jangankan hari V, harijadi pun orang buat dek je...Sedih...memang sedih..tapi apakan daya dah ditaktirkan ?!!!.huhuhu....bukannya kita nak sangat hadiah yang mahal-mahal tetapi its the thought that counts.( Yang ni I quote fm my friend FB: 'It doesn't hv to be expensive or fancy but it is always the thought that counts..it shows that you remember & appreciate'.)


Ya..macam cerita diatas ...sampai sekarang masih ingat, melekat kat minda, walaupun dah berdekad berlalu.   Sebab tu untuk memujuk hati yang berduka lara kita selalu beli hadiah untuk diri sendiri..beli sendiri ok..apa2 yang berkenan dihati tak kira berapa wangnya.. puas hati.....kalau nak tunggu orang memberi..hmmmm....makan hati berulam jantunglah kak oiii.....

Berbalik kepada cerita "a bouquet of roses" tadi....ia di hantar ke opis tempat I bekerja masa tu...memang tak disangka sangka pun, surprised habis....dan dalam hati berharap bunga tu tak akan layu...tetapi mekar buat selama lamanya (in your dream beb!)..kerana ia cantik sangat sangat..tapi apakan daya bunga segar tetap akan layu juga, lain lah kalau bunga kertas atau plastik...dan bergitu jugalah cinta yang mekar waktu itu turut layu juga ditelan waktu...So Happy Valentine guys!..


...





Tuesday, February 12, 2013

CNY & .....BERHIBERNASI...AGAIN?!!!

Lama tak menjenguk blog ni...nasib tak bersawang...dek dak black widow...Hihihi..

Ni masih dalam mood CNY walaupun tak celebrate...tapi oleh kerana dikelilingi oleh jiran jiran dan saudara mara berbangsa cina...kita pun tekena tempias juga. I love the lokam dan yang sewaktu dengan nya...sebelum CNY dah dua kali kita beli yang kotak kecil...angan angan nak beli lagi lepas CNY tapi dah dua hari mencari macam tak ada pula..haritu pegi Gaint..haram satu kotak pun tak da.

Hari pertama CNY adalah kita orang pergi ngabang kat rumah my sis dan niece. My niece celebrate dirumah baru beliau yang kebetulan tak jauh dari rumah kita, senang cerita sama Taman perumahan... tapi tak sempat nak ambik gambar.. Lepas tu kita orang check in kat Pullman for a one nite stay...tak dapat nak pergi melancong so ambik short cut bawa budak budak tu lepak kat Pullman dan gi swimming...mula mula berhasrat nak gi Damai Resort/Puri tapi kerana last minute planning jangan haraplah nak dapat bilik..semua nya fully booked. Ialah cuti lama lama kalau duduk kat rumah saja memanglah boring.





 


  

 

                                       
Yang ni firework yang dapat saya tangkap dari dalam bilik ditingkat 18.

 

Malam tu dek kerana masih kenyang sebab siang tadi dah makan kat rumah my sis dan niece so kita orang pegi Sushi King kat The Hills, ni memang favourite budak budak dua ekor tu...salalu saja my son merengek nak sushi ...so kalau tengah lepar macam serigala (hungry like a wolf) janganlah nak bawa mereka kesini sebab, tau taulah sepinggan kecil tu paling murah pun RM4. so kalau dah selonggok pinggan pingan tu ..hmm kempis juga dompet....