Tuesday, April 9, 2013

# D COVE PASIR PANJANG FAMILY PARK...

Activiti cuti Part 3....Saturday morning..kita dah planning family outing...tapi my anak bujang pula dah janji nak pegi rumah bff..nak buat homework yang menimbun ..kata dia oranglah.!! Tak nak paksa2..or else it  will spoil our day. So nampaknya hanya kami bertiga sajalah ...

Kami berangkat agak lewat lebih kurang pukul 11 pagi. Destinasi ialah Telaga Air...lately selalu baca review tentang waterfrontnya yang baru..so teruja juga  nak melihat apa yang specialnya waterfront ni! Tapi yang bestnya..hb tak berapa nak tahu jalan ke sana....tepon kawan2 dia...hampeh...tak seorang pun yang pasti ..semua main agak2 aja. Takpa kita adventurous sikit ari ni...gi cari sendiri.

Hb bercadang ikut jalan baru Santubong mungkin ada junction ataupun shortcut ke sana. Drive punya drive sampailah satu T junction - turn left jalan Semariang dan right jalan Santubong/Damai. Kita ikut jalan Semariang...Hmmm..Sepanjang jalan sunyi sepi ja...hampir setengah jam driving tak ada kampung2 di sepanjang jalan hanya swampy area(paya)....dan kalau tak silap ada tiga jambatan yang kami lalui...adalah dua tiga orang yang memancing kat situ. Hairan juga kenapa tak ada kampung kat situ, kereta dan motor pun tak berapa nak ada.. tapi jalanraya nya elok je....membazir buat jalan yang tak kerap digunakan...Nama sungei yang last sekali tu (bawah jambatan) ...get this...Sungei Bodoh Besar ??? Tak percaya...orang2 Kuching boleh gi drive sana dan tengok sendiri..hahaha..tak ada nama lain ke??? Menyesal tak ambik gambar...tak berani nak suruh hb stop kejap..dia tengah hangin!...sebabnya.. dahlah drive jauh2....last2 jumpa dead end pula....So kita detour ...dan dalam perjalanan balik ternampak signboard D Cove Pasir Panjang Family Park (DCPPFP)... kita belok ikut jalan menuju ke tempat tu..alang2 dah depand mata.. singgah jelah.






Ada lah 10 atau 15 min drive baru sampai di DCPPFP...surprise juga tengok tempat ni, memang tak sangka ada public beach...tempat ni agak tersorok dan baru sebab tu tak ramai orang yang berkunjung ke sini...kita pun bukan senjaga nak ke sini tapi oleh kerana tersesat. Cantik pemandangan ...ala-ala recreational & resort hub..kalau nak bawa family day trip pegi beach, nak mandi laut, bolehlah datang sini... ..Ada food stall, playground dan swimming pool yang taklah besar mana, just nice for budak2....Oklah tu. Kalau nak camping/BBQ pun ada tapi kena buat arrangement dengan management dulu. Tapi nampak macam food court disini tak semuanya yang beroperasi...banyak juga yang tutup...yalah mungkin orang ramai belum lagi tahu akan tempat ini...kurang publicity agaknya!

Masa tu dah tengah hari..perut pun dah mula berhalem shake..so kita carilah tempat makan yang ada kat situ. Kita ordered mee jawa..oklah sedap juga. My daughter makan mee sup dan hb pula mee goreng...harga ok.. taklah mahal sangat. Lepas makan pusing2 kejap tempat ni...dah tu baru kami bertolak untuk ke destinasi yang seterusnya. Mission belum accomplish lagi.  Tu nantilah next blog kita cerita ....so ada sambungan ok!..







No comments: