Wednesday, April 3, 2013

# SEMALAM DI DAMAI.....

Last week memang full dengan activities...yalah cuti sekolah tambah dengan Easter holidays for the mission schools...apalagi budak2 tu memang enjoy sakan...makpak pun tumpang sekaki.
So start dari Tuesday kita orang pegi Damai Beach..this treat, hubs makeup for keterlupaan dia akan birthday mummy..masa tu dia outstation dan kita pun keep low profile je...budak2 kat rumah pun tak prasan..ialah  umur dah berseries-series malaslah nak kecoh2...duk diam-diam je sudah. Tapi kawan2 kat FB ada lah letak birthday wishes walaupun kita dah delete date of birth dari profile...my bff start dan yang lain pun ikut..so dari situlah hubs baru prasan...since dia nak sponsor..kita ok je! So off we went to Damai for a nite stay.

Tapi I tak bersemangatlah nak mandi manda...dah lah cucua panas terik...tengok budak2 je yang swimming kat poolside..nak pegi beach, lagilah malas..dengan panas yang mengigit-gigit! So dengan badan yang melekit-lekit dan tshirt pula basah melecun...memang tak selesa langsung...Detour nak pegi gym tapi masa tu dah nak closing time...so last2 I naik bilik rehat kejap, baru mandi...mandi shower je! hehehe...






Malamnya kita orang pegi Damai Central cari makan...nasib baik ada food stalls kat situ...murah dan banyak pilihan juga dan yang penting tempat bersih.. Ingat dulu2 masa belum ada Damai Central selalu pegi Buntal Seafood...tapi sekarang kita tak berapa nak selera makan kat situ...macam tak berapa nak bersihlah and a bit run down....walaupun waktu malam tapi still nampak juga kerusi meja yang berkerak, persikitaran yang agak berserabut...dan apabila ditiup angin dari laut yang sepoi2 bahasa,  terhidulah pula aroma yang sangat meloyakan. I was wondering kenapa pengusaha2 restaurant seafood ni tak ada initiative nak upgradekan restaurant mereka. Potensi ada...dengan tourist dan local yang selalu berkunjung ke sini... upgradelah mengikut peredaraan zaman. Mesti lagi ramai yang datang kan!  Hmmm...mungkin mereka lebih pentingkan keutungan. The last time I makan kat Buntal Seafood ialah kira2 2 tahun yang lalu, masa tu Damai Central belum ada lagi. Agaknya ramai customers mereka yang telah beralih arah...kerana masa diDamai Central ternampak ramai orang makan diBayridge Fine Seafood...tengok tempat dah boleh agak mesti harga makanan kat situ lebih mahal tapi kenapa masih ramai yang mengujunginya??.....Kebersihan dan keselesaan ..that's the key word!









No comments: