Tuesday, February 12, 2013

CNY & .....BERHIBERNASI...AGAIN?!!!

Lama tak menjenguk blog ni...nasib tak bersawang...dek dak black widow...Hihihi..

Ni masih dalam mood CNY walaupun tak celebrate...tapi oleh kerana dikelilingi oleh jiran jiran dan saudara mara berbangsa cina...kita pun tekena tempias juga. I love the lokam dan yang sewaktu dengan nya...sebelum CNY dah dua kali kita beli yang kotak kecil...angan angan nak beli lagi lepas CNY tapi dah dua hari mencari macam tak ada pula..haritu pegi Gaint..haram satu kotak pun tak da.

Hari pertama CNY adalah kita orang pergi ngabang kat rumah my sis dan niece. My niece celebrate dirumah baru beliau yang kebetulan tak jauh dari rumah kita, senang cerita sama Taman perumahan... tapi tak sempat nak ambik gambar.. Lepas tu kita orang check in kat Pullman for a one nite stay...tak dapat nak pergi melancong so ambik short cut bawa budak budak tu lepak kat Pullman dan gi swimming...mula mula berhasrat nak gi Damai Resort/Puri tapi kerana last minute planning jangan haraplah nak dapat bilik..semua nya fully booked. Ialah cuti lama lama kalau duduk kat rumah saja memanglah boring.





 


  

 

                                       
Yang ni firework yang dapat saya tangkap dari dalam bilik ditingkat 18.

 

Malam tu dek kerana masih kenyang sebab siang tadi dah makan kat rumah my sis dan niece so kita orang pegi Sushi King kat The Hills, ni memang favourite budak budak dua ekor tu...salalu saja my son merengek nak sushi ...so kalau tengah lepar macam serigala (hungry like a wolf) janganlah nak bawa mereka kesini sebab, tau taulah sepinggan kecil tu paling murah pun RM4. so kalau dah selonggok pinggan pingan tu ..hmm kempis juga dompet....


No comments: