Thursday, September 4, 2014

# CUTI MERDEKA....CHILLAXING!!!




Cuti hujung minggu yang agak panjang...dari hari Sabtu sampai Isnin...
Kalau mampu bolehlah pegi jalan-jalan atau cuti-cuti Malaysia...package 3 days 2 nites...ngam2 sangat.

Tapi kitorang tak kemana-mana setakat chillaxing je...

Sebab my son start hari Sabtu dah pegi berkhemah di Mongkos katanya...
Katanya lagi camping dalam hutan...tepi sungei ...takda kemudahan apa2 hanya toilet saja...mandi pun di sungei.

Risau juga nak melepaskan dia pergi ...ialah pertama kali anak bujang nak berkhemah dalam hutan, walaupun semasa di sekolah rendah dulu dia selalu juga ikut aktiviti berkhemah tapi selalunya di kawasan sekolah ataupun kawasan gereja....so taklah risau sangat.
Yang ni pula di dalam hutan yang sebenar...bukanlah hutan belantara tapi hutan kat tepi kampung.

Sebagai seorang ibu memanglah risau...asal budak2 tu takda didepan mata memang saya risau memanjang.
Hati ibu hanya ibu-ibu saja yang tahu...tapi kalau nak ditegah budak2 tu dari mengikuti apa-apa aktiviti pun susah juga...takut nanti mereka memberontak..dari mereka buat kerja2 yang nak senonoh, at least aktiviti yang ni berfaedah sebab aktiviti terkawal dan ada ketua yang memberi tunjuk ajar, supaya mereka dapat merasa hidup berdikari...dan mengekploresi dunia semula jadi diluar sana...asyik2 mengekor mak pak juga tak digalakkan. Lagi pun acara ini di anjurkan oleh Boys Bridgade..so boleh percayalah.

Dahlah seminggu tu hujan hari2 (ehh..ehhh..sama dialog dengan blog yang sebelumnya!...) siap hujan ribut lagi diwaktu petang ...Seram!

Dalam kepala hotak tu asyik berimaginasi...macam manalah kalau hujan, budak2 tu tidur dalam khemah...sejuk... basah ataupun kalau air sungei melipah, ataupun ...ataupun...Ahhhh..Stop..Stop.. jangan over..


Musabah diri.. jangan pikir yang bukan2..kikis imaginasi yang over active tu...kuatkan semangat dan berdoa agar Tuhan memberkati dan melindungi kesemuanya.

Hari my son pegi tu daddy dia saja yang hantar dia ke gereja tempat mereka berkumpul sebelum menaiki bas ...tapi hb kata ramai ibu-bapa sama2 hantar anak2 mereka. Mungkin anak2 mereka juga first time...so ibu-ibu pun teruja nak ikut sama hantar diaorang.

Petang Isnin budak2 tu semua selamat kembali....Syukur ...Terima Kasih Tuhan kerana mendengar doa seorang ibu.
My son kata cuaca baik takda hujan ribut pun...tapi muka, tangan dan kaki habis kena gigitan nyamuk.
Dia complain, mummy tak beli insect repellent untuk dia...Terlupa.

Yang selanjutnya ialah cerita kitorang yang tinggal dirumah...Hb, my daughter dan yours truly.
Terasa sunyi tanpa sikecik tu...dia yang selalu membuat havoc kat rumah.

Hari Sabtu dan Ahad kitorang chillaxing saja di rumah ....tapi boring juga mengadap TV dan internet sepanjang hari ....so petangnya.. jom kita cuci mata kat shopping mall.

Di sini tak banyak choice, asyik2 pegi mall yang sama...tapi dari duduk tercongok kat rumah dan berimaginasi yang bukan2 lebih baik memenatkan diri so bila penat berjalan bolehlah tidur nyenyak sikit waktu malam.....boleh pakai tak formula ni???

Sabtu kitorang terjah Boulevard Shopping Mall...kata ada Merdeka Furniture Expo.....suka,suka...tapi kalau nak membeli, lambat sikit..(look-see2 sajalah), ialah mana nak sumbat..dahlah rumah sekangkang kera (hihi..boleh ke pakai peribahasa ni untuk rumah? memandai je).

Tapi apabila sampai sana...takda pula expo besar-besaran hanya dua tiga showcase saja...yang lain exhibit tu takda kena mengena dengan furniture...Hampehhh..

So end up Hb yang bershopping sakan...angkut 2 hilai baju kemaja....
Sekarang ni sales sepanjang tahun..tak payah tunggu mega sale hujung tahun..

Hati memang meronta-ronta nak membeli...tapi buget tak berapa nak mengizinkan...banyak lagi benda lain yang perlu di utamakan.

So sekadar cuci2 mata..dan servey2 saja....mana tau kan lain hari ada rezeki lebih ke..durian runtuh ke ...bolehlah mengangkut.

Sebelum melangkah keluar, singgah di supermarket, nak stock-up apa2 yang telah berkurang di rumah.Yap..that's our priorities ..

Ewahh...panjang pula berceloteh....okey... sampai sini dulu... nanti2 continue lagi.







No comments: