Monday, April 13, 2015

# BINTULU : PART 3


Final episod ...Our last few days in Bintulu...kita summarize kan saja...tak payah banyak sambungan. Dah lama sangat...dah tak berapa nak ingat in detail apa yang kita buat masa tu.

Tengok gambar kat bawah tu  dah tahu ia zoo ...kawasan besar tapi haiwan atau  burung2 tak berapa nak ada sebab itu ia dipanggil mini zoo (tak boleh nak disamakan dengan Zoo Negara). Tapi apabila berjalan dikawasan zoo ni boleh tahan penat nya...berbukit bukau...semput nafas turun naik bukit dah lah panas terik....kaki tangan dah macam zebra crossing.
My favourite is Burung Tiong (*Edit: tadi masa main balik video ternampak nama burung ni Tiong Emas)..yang pandai bercakap atau tiru percakapan orang tu !..masa kitorang singgah depan sangkar dia, pandai dia menegur...HELLOOO...WEWIIIIIT...
mula2 kita terkejut, macam tak pecaya itu suara burung dahlah garau !.. so kitorang cuba tanya dia sesuatu, tapi dia tak faham pula...mengilai dia ketawa..Lupa ambik gambar tapi ada divideokan dengan hp.  Sangat terhibur melihat peragai burung seekor ni, friendly ia amat.  Dari jauh budak2 tu buat bunyi wewiiit...dia boleh jawab balik wewiiit. Cute sangat-sangat. 
Di sebelah atas bukit ada Taman bunga dan rama2. ..tapi  tak sempat singgah di rumah rama2 sebab dah tutup ... masa tu dah lepas office hours. 
Sebenarnya saya dah malas nak  menaiki bukit yang menuju ke taman bunga dan taman rama2 ... tapi dek kerana yang lain tu masih bersemangat lagi so  terpaksalah ikut. 






yang ni semua kenal..burung kenyalang






tengok tu berapa jauhnya saya ketinggalan...




Balik dari zoo...badan dah terasa melikit-likit... dan tekak pula terasa kering ...so singgah minum ABC special di Tanjung Batu Beach...tak jauh...seberang jalan saja tapi oleh kerana kitorang drive so terpaksa pusing satu roundabout.
Lepak sana kejap pastu jalan lagi di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam, dah nak senja baru reti nak balik hotel.
Tapi bila sampai hotel terasa boringlah pula....so kita jalan lagi ke pasar malam/tempat expo....terbeli 3 helai kain sarong...sarong biasa...tapi berguna sangat2...masa travelling boleh diguna untuk melapik tilam atau bantal, boleh dijadikan selimut atau kain mandi....kan! 

Friday, last nite kat sana kitorang singgah  di shopping mall....pusing2 kat situ...takda apa nak beli.
Balik hotel start packing....takut kalau last minute ada aja barang yang tertinggal.

Saturday morning...lepas breakfast..sebelum pukul 8 pagi kita dah berangkat dari Bintulu...nasib cuaca terang..so perjalanan lancar...and with God's grace ...9 hours later sampailah kita diKuching dengan selamatnya.

 Finally, the end dah episod Bintulu ni...my conclusion ialah saya suka tempat ni....macam tenang jak...dekat pula dengan nature...pantai tak jauh dari bandar...housing pun nampak tersusun sangat..patutlah ramai yang berkerja diBintulu terus bermastautin di sana...beli rumah dan berank pinak disana..  Best sangat.






Gambar diatas tu diambik  waktu pagi masa budak dua ekok ni tak nak keluar jalan2 so bersidailah di tepi kolam renang sambil meratapi nasib sebab tak bawa baju mandi...




No comments: