Thursday, September 26, 2013

# POPIAH SEAWEED & KEK LEMON...



Dua tiga hari yang lepas adalah mood rajin tu datang menjenguk, so that one afternoon kita bantai sekali buat dua project..iaitu buat kek dan snek. Yang kek tu first time cuba buat tapi yang popiah seaweed tu dah kali kedua.

Memang berbaloilah buat project ni sebab dalam masa dua hari saja dah licin....macam ni baru lah bersemangat, janganlah kita buat penat2 tapi tak laku mestilah rasa....grrrr.  Sebenarnya kulit popiah dan seaweed tu lama dah beli tapi ialah... tunggu mood R tu saja, nasib baik belum expired.

Samalah macam hari tu nak buat sio bee dan wanton, bila ambik kulit wanton dari peti ais.. haiiiyaaaa... dah expired rupanya...so terpaksalah tukar plan...buat soup bebola ayam kerana filling dah buat, takan  nak buang pula.... Membazir tu! Kulit wanton beli fresh dari  market sebab tu tak tahan lama kalau yang frozen lain lah.




1 comment:

Tia said...

thanks for dropping by my blog...:)