Thursday, October 10, 2013

# PESTA PISANG...!!!



Hihihi....Pesta pisanglah sangat....setandan pisang ja....tapi untuk kami sefamili memang tak habis makan...sabab tu banyak by product dia. Ada juga bagi kat jiran sebelah rumah.... Pisang memang tak tahan lama....kulit pisang akan bertukar hitam dengan cepat walaupun isi nya masih boleh dimakan. So dalam seminggu tu terpaksalah buat macam2 kuih muih ataupun apa2 yang berasaskan pisang...tak larat dah nak makan pisang saja hari2...dan last sekali kopek kulit yang dah tak berapa lawa tu, isinya  masuk dalam tupperware lepas tu simpan dalam freezer...so bila nak guna, ambik keluar dan defroze kejap...lepas tu boleh diblender buat smoothies...memang laku sangat2...lagi2 tengah cuaca panas...Marvellous..

banana smoothies...


Pisang bakar ranggup walaupun tak berapa nak ranggup

popiah pisang sebelum digoreng...

setelah digoreng...

makan dengan ice-cream....


Lupa nak bagitahu.. pisang ni pisang embun...dari belakang rumah kitaorang...Hb yang tanam. Memang favourite saya. Tiap2 minggu pun saya mesti cari pisang ni dimarket...kalau ada pilihan memang saya akan pilih pisang embun...yang lain2 tu suka juga...macam pisang emas, pisang kelin..dan satu lagi...apakah nama nya...warna kuning bersih (pisang ada warna lain ke!!!) seakan akan pisang embun tapi takda bau...


Pisang ni banyak khasiat dengan vitamin, karbohydrate, mineral dan yang penting murah.....dan senang dimakan...hihihi...kopek kulit saja dah boleh ngap....tak macam dak nenas, apple, mango atau oren....ambik masa juga nak kupas...ini untuk olang2 yang ada penyakit  m.a.l.a.s. Dan my son memang suka makan pisang sebab ia lembut senang dikunyah.. (tu masa dia masih kecik lagi)....kalau bagi dia apple atau buah2 lain yang keras sikit memang dia tolak mentah2...itu dulu, kini dan .......???

Satu lagi kebaikan makan pisang ialah bagi mereka yang susah tidur malam, cuba try makan sebelum tidur...mungkin ada effect nya. Fakta ni saya ambik dari The Kitchen Table Book ....bukan saya tulis saja2...tapi kalau ikut logiknya...memang ia pun...kerana pisang sangat mengenyangkan..so kalau kenyang mestilah mata mula mengantuk.....kan...kan??

Kalau tak silap... rasanya saya ada buat kek pisang tapi tadi masa search gambar, tak jumpa pula..mungkin terlupa snap ataupun ada jari jemari yang terdelete...tak berapa nak ingat sebab ni cerita dua minggu yang lepas ..takpalah... semuanya dah selamat pun.

No comments: