Tuesday, September 20, 2016

#BALI - PART 4

Day 4

Last day in Bali...Free and Easy....Hari ni bangun tak gopoh2 sebab tak ada programme tertentu.
Lepas breakfast masyuarat kejap dengan ahli2 jemah bilik...'apa nak buat hari ni'...'nak gi mana'...'rupiah berapa lagi tinggal.'  Tiba2 teringat BFF pernah pesan mesti try Bebek Tepi  Sawah (BTS) tu nama restoran nya..mesti try bebek speciality dia (bebek tu itik atau duck ya!). Kata nya lagi tempat tu tak jauh dari hotel (siap watsap gambar restoran)  tapi harus guna teksi juga. Ok settle...hari ni kita adventurous sikit, nak explore konon :)  sebab takda driver nak hantar, semua buat sendiri.

Sebelum kita mulakan perjalanan singgah di mall sebelah cari Money Changers, sebab rupiah dah berkurangan. Ada satu counter saja kat sana so takda pilihan walaupun exchange rate dia tak berapa best. Kita tukar sikit dulu nanti kalau terjumpa tempat lain boleh tukar lagi.

Cari teksi dekat mall, memang ada yang standby kat situ...tanya berapa harga nak ke restoran di Kuta beach...so HB cubalah skill tawar menawar dia tapi driver tu bo layan tetap berkeras dengan harga yang dia letak....lantak jak lah malas nak cari teksi lain. Dia hantar kita terus ke restoran BTS. Tempat tu classy so setimpal jugalah dengan harga makanan dia. Tapi to my taste kan, biasa2 saja..yang kita makan di mall haritu pun more or less rasa tu juga.

Habis makan kita teruskan mission exploration tadi...berjalan sambil cuci mata di area Kuta. Berderet hotel dan mall di situ sebab dekat dengan beach.  Kita masuk satu mall yang bersebelahan dengan hotel, jalan kebelakang sikit, keluar terus nampak tepi pantai. Sepatutnya kita book hotel kat sini tapi yalah masa tu kita bukannya biasa dengan Bali lagi.



Apa yang kita order di BTS


Dah puas pusing2 kat situ keluar masuk mall, kita nak cari jalan balik ke hotel pula tapi tak berapa pasti  jalan mana yang menuju ke sana. HB kata tak payah guna teksi...kita cuba jalan kaki saja..mungkin tak berapa jauh, Bali bukannya besar mana pun! Yalah tu...tak berapa jauh...sekali selepas berjalan berbatu-batu kita  rasa.. Ehhhhh....betul ka jalan ni..macam takda penghujung pula! Adalah bertanya di sepanjang jalan....ada orang tu tak berapa pasti dimana hotel yang kita maksudkan, tapi ada juga yang beri direction tapi macam bebek dengan ayam pula..tak berapa faham.  So jalan jaklah sampai 1 hour later...baru ternampak landmark yang kita cari...Gallaria Mall bersebelahan  dengan hotel....Huhuhuhu...Rasa nak nagis pun ada sebab penat sesangat.. dah tak larat nak melangkah lagi...Lap peluh yang berjujuran sambil menghembus napas lega.

Sepanjang jalan yang kita lalui tadi adalah deretan kedai  so sambil  menapak tu dapatlah cuci mata.  Dan di sini kita nampak banyak counter Money Changers dengan rate yang jauh lebih attractive dari yang kita dapat pagi tadi. Kita tukarlah lagi.







Masa kita masuk kawasan Gallaria Mall ni nampak a bus load of Japanese tourist yang nak bershopping. Same mall  tapi yang ni dibelakang building yang kita selalu pegi tu...sebelum ni tak pernah perasan ada building satu lagi sebab jauh sikit dari main building dia.  Rupa2nya di mall ni mereka bertransaksi  dalam matawang USD...dan semua butik yang branded punya. Mungkin dia cater khas untuk foreigners yang poket tebal. Eksklusif  gitu. Tapi masa tu kita tak singgah sebab dah penat sangat ...all we wanna do then was to reach our room and pengsannn.





Last meal di Gallaria Mall sebelum pergi airport..




Fuhhh...Finally... tu sajalah alkisah kita di Bali. Next day dah berangkat pulang ke KL. Stay over di KL 3 hari...sempat jugalah naik ke Genting Highland...tapi sana masih dalam construction dan outdoor theme part dia tutup..nasiblah kita day trip saja.

Metro 360 KL



Genting..




Tak payahlah cerita pasal Genting or KL...takda apa yang menarik.  Layan gambar kat atas tu jak aekk...
Sekian. Terima Kasih. :)

THE END.


No comments: