Tuesday, April 8, 2014

# WAFFLE MAKER...



Dah lama jugalah dapat toy ni...tapi belum sempat nak masuk blog.... masa belek2 file tu terjumpa gambar ni so ingat nak masuk bloglah......sementara penyakit Malas belum datang menyerang lagi....

Punyalah  lama kita mencari waffle maker dikedai electrical dan di  pasar raya disekitar bandaraya Kuching...tapi tak pernah jumpa, sampailah satu ketika baru ternampak benda ni di kedai online...apalagi excited la nak order...Jangan tak tahu...inilah pertama kali kita berurusan dengan kedai online...selalu kalau barang electrical kita beli direct dari kedai ...senang... nampak depan mata  apa yang kita nak.

Waffle maker yang selalu kita lihat untuk kegunanaan commercial diperbuat daripada  iron tapi yang ini untuk kegunaan di rumah ...so kualiti nya biasa2 saja...  result pun tak berapa nak cun. Tapi ok jugalah dari tiada...lagipun dah lama mengidam nak buat waffle sendiri

Baru2 ni  masa jalan2 disatu mall ternampaklah pula benda bertuah ni.....Hissss....geram....masa kita mencari dulu takda sekarang bersepah-sepah pula...tapi mood untuk mewaffle sekarang pun dah tak seberapa...

No comments: