Thursday, August 29, 2013

# BERSANTAI DI DAMAI PURI.....

Lama juga blog ni bercuti....nak buat cam mana..tuannya dah tekena penyakit M....baru nak sembuh ni...hihihi...Okeylah...meh kita cerita apa yang telah berlaku sepanjang bulan Ogos ni...



Masa cuti sekolah tempoh hari, atas desakan budak2, ahkirnya kita semua bersetuju untuk pegi Damai Puri ...lagipun dah lama tak menjenguk kesitu....so since ada promotion bulan puasa, bilik saja tanpa breakfast so apalagi on ja...walaupun hb baru balik dari outstation tapi sempat juga kitaorang booking last minute, so hari Isnin hb turun opis terus apply leave, petang tu juga kita orang berangkat.



On the way .....singgah di kedai1Malaysia untuk membeli makanan dan air minuman untuk dibawa ke sana. Sampai  Damai dah dekat2 pukul 3 so dapatlah terus check-in....yang bestnya tak berapa ramai guest..so tak lah bingit sangat. Bilik pun cun2 berdepan dengan swimming pool...(suka..suka..) Main pool pula besar, selesa sangat2....sebab kat sebelah hujung sana ada satu lagi swimming pool khas untuk budak2 kecik so takdalah diaorang menyelit kat main pool. Kita tak pandai swimming setekat menjadi badak berendam sajalah dan lepak2 kat situ sambil ambik angin laut. Seronok sangat2. Budak dua ekok tu jangan cakaplah, memang enjoy giler...sampai sana tak menyempat2 nak pegi swimming pool walaupun panas terik.







Semasa lepak2 kat poolside tu ... terperasaanlah kehadiran dua orang wanita ni (masa tu hanya dua tiga orang saja kat situ ....) dari mula kita sampai dan duduk kat lazy chair tu...kita nampak yang mereka ni asyik dengan ipon...lama pula tu..dan sangat oblivious dengan keadaan sekeliling....kejap2 ambik pic sendiri...agaknya sedang berfacebooklah tu.....sampai mereka masuk dalam swimming pool pun ipon tu tak lepas dari tangan mereka...ambik gambar sambil berendam (kau ada!...hihihi )...tapi apabila hendak 'berbutterfly stroke' ketengah baru dia letak ipon kat tepi pool..berani betul...tak takut ke kena copet..Kalau budak remaja berkelakuan begitu..boleh juga dimaafkan..tapi mereka tu dah berseries pun...Hmmmm...inilah pernangan gadget2 sekarang! Tak kira umur... Tapi agak-agaklah wei......





Malam tu macam biasalah kita pegi Damai Central untuk cari makan....drive kesana...tapi kalau nak berjalan kaki memang dekat sangat...sampai sana agak disappointed  sebab hanya empat stall saja yang beroperasi...ialah bulan puasa mungkin mereka cuti. Adalah satu famili mat saleh ni duduk disebelah kitaorang ...terdengar si isteri tu mengomel...'hendak makan satay tapi stall tu tutup.'

Sebelum balik hotel..kita round2 kat situ, pas tu singgah di 7/11...beli jajan dan roti bun untuk breakfast the next day. Sesampai dihotel ternampak pula satu kumpulan guest (about 5 or 6 of them) makan kat tepi pantai depan restaurant....meja makan diatas pasir yang telah dikorek dan di hias cantik, ada candle light dan ada musician yang sedang mendedangankan lagu khas untuk mereka...sangat romantik....agaknya mereka telah membuat special arrangement dengan resort tu..

Selapas makan, lepak kat lobby..

Esoknya tak payah bangun awal sangat sebab breakfast dalam bilik je, masak air..buat teh dan ada nescafe dalam can, roti bun, mee in a cup dan ada juga kuih muih dan buah-buahan...so kenyang juga lah sebelum pegi serang beach dan swimming pool...sementara menunggu masa untuk check out.

Bestlah di Damai Puri kali ini....sebab orang tak ramai so memang santai sangat2...memang puas hati.


No comments: